Wednesday, June 5, 2013

baby washroom KLCC

Assalamualaikum..

Hai.. betul ke cam tu perkataan washroom untuk baby tu? hehe. aku pun tak perasan dah apa namanya.. kan ada aku cite gi tengok ironman 3 kat klcc tu kan, kitorang lepak kat dalam baby room kat LG tu sementara tunggu salah seorang dari kami solat :-) selesa sangat kat situ. aku suka duk situ. sebenarnya bukan nak lepak sangat pun, tapi before solat tu kan nak gi toilet, bersih2 diri kan, tapi dah bawa dua orang budak kecik, sape pulak nak jaga mereka kan.. (chewah mereka gituwwww)

On the way nak gi washroom orang dewasa tu, ternampaklah satu bilik ni, terbuka luas, eh kenapa ramai2 dalam ni.. sekali tu baby's room.. haa.. jakun kejap. memang cun lah. ada banyak sink untuk cuci dan salin lampin baby.. ada pulak water closet berkembar untuk ibu dan anak. ha.. senang kalau nak buang air, ibu dan anak sekali masuk :-) tak de dah aku nak masuk toilet orang dewasa lepas ni kalau kat KLCC :-p

Sementara tunggu ayahnya solat, kitorang duduk dalam tu. ada mainan sikit2 lah kasi budak2 ni ralit.. ada tempat menyusukan baby kalau tak silap ada dua bahagian langsir. di sebalik langsir aku tak tengok pulak ada berapa kerusi sebab kebetulan aisyah tak nak susu masa tu.. dia nak main.. Sementara tunggu diorang main2 tu, aku lepak2 lah kat kerusi tu.. best best best. sejuk je :-)

pandangan dari dalam, entrance.. 

antara mainan yang ada

adik pun nak main juga

satu untuk abang, satu untuk adik :-p

tempat salin lampin baby

Bersih je tempat dia.. kalau lah shopping complex lain buat cam ni kan best.. gilir2 la suami isteri jaga anak.. selesa lah bagi aku kalau bawa anak kecil..  location, kat Lower Ground Floor, belakang ATM yang banyak2 tu dekat dengan toilet :-)

ok tu je nak share. cerita dah basi. hehe..

bye. wassalam..

2 comments:

Masya said...

sapa yg amikkan gambar tu aqil ker?? ke gambar org lain... ssh nak jumpa tempat khas untuk tukar lampin baby mcm ni..

Suliana said...

tu orang lain masya :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails