Tuesday, June 4, 2013

Alhamdulillah.. syukur :-)

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin. Alhamdulillah. Hidup lagi aku hari ini.. Al kisah, semalam. Pagi. Aku puasa. Setibanya di ofis, tiba2 mata rasa macam pelik, bila kita pandang kanan, macam ada bayang2 berjelaga gitu.. bukanlah jelaga asap kelabu tu, tapi clear. aku dah rasa pelik, silau ke? tapi pelik belah kanan je. pastu aku rasa nak muntah dan pening.. Terus je pagi tu aku memang tak boleh tengok pc even aku ada update blog kejap, tu pun rasa tak tahan sangat dah tu. terus aku baring je dalam surau. Minta kawan tarik2 rambut aku, meletup2 bunyi rambut ditarik. silap makan kah? aku memang kalah dengan pucuk paku dan pucuk ubi, MIL ada bekalkan dari kampung. Mesti berangin punya. Atau pun, aku main game dalam gelap? hmm.. Tambah teruk lagi, aku berpuasa hari tu, jadi tak dapat nak makan apa even aku bersahur. So baring je lah kat surau sampai pukul 11..Senak di mata.. Bila dah bangun tu rasa kurang sikit.

Dan hari ini, alhamdulillah, datang ofis dah tak terasa dah pening kepala tu. Alhamdulillah, syukur sangat.. Cuma batuk2 aku je lah tak habis lagi. berkahak lagi. Cuaca pulak lately kan panas je, membuat kan aku nak minum yang sejuk2 je kan. haa rasakan.. batuk lambat lah baik.. Anak2 pulak, asiyah alhamdulillah dah baik demamnya.. Syukur.. demam sekejap je kan anak ibu :-) Semalam try continue bagi mealshake tu. Alhamdulillah dia nak pulak makan ratah. sebelum ni bagi dia macam nak muntah.. semalam, sulam2 dengan air satu sudu mealshake tu.. Ok, bagus anak ibu..

Abang aqil pulak.. Alhamdulillah.. kejenya suka buka peti ais, cari makanan. dia suka makan buah. atau apa2 je lah dalam peti tu. selagi tak habis, selagi tu dia asyik buka tutup peti ais cari makanan. Ada beli orange manis 4013 kat jusco dalam 15 biji rasanya. Semalam, dia sorang je dah habis 3 biji okeh. hmm suka betul dia makan buah.. Ibu juga yang terpaksa makan nyorok2, sebab kalau makan dengan dia, mesti ibu dapat 1/4 je.. Ayah pulak makan oren yang aqil tak gigit habis.. Dia kalau makan, akan makan laju2, nanti dia takut habis, so dia makan cepat2. buruk perangai betul.. takut adik dia amik pun ye juga. alah, adik tu makan sikit je.. tunggu adik makan habis, lunyai dah limau kat tangan tu.

Aisyah. dah tak merangkak dah. Alhamdulillah. dah rajin jalan walau pun macam berlenggang gelek2 bontot dia.. hehe. Suka panjat bangku ikea nak tengok apa ada atas kabinet.. Pemalu okeh. pemalu bila ayah dia tengok dia. haha. anak dara betul.. Suka tengok upin, kalau belek buku upin tu, lama dia tenung.. cakap boleh lah sikit2 je, hujung2.. hobi kutip makanan masih ada sikit lah.. kutip nasi masuk dalam mulut. Lately, kerja dia asyik belek tapak kaki, especially kalau ada benda lekat kat tapak kai, ralit dia tengok kaki dia :-) tak boleh jatuh sikit/ kena siku. Mulalah menangis. anje anje angat iye ini....

Okey itulah cerita kami selepas 6 tahun berkahwin. cerita si ayah tak boleh lah cerita lebih2 kat sini. hehe. uppss ada ada.. Suamiku a.k.a ayah kepada 2 orang cahaya mataku dah berjaya berhenti merokok selepas lebih 2 bulan dia demam.. harap2 kekal istiqamah ye mr hubby. dan didoakan supaya suamiku kekal tak merokok sampai bila2 :-) amiin :-) hoyeah hoyeah..

ok bye. wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails