Thursday, May 23, 2013

terpengaruh. akhirnya dapat merasa Burger bakar Abang Burn

Assalamualaikum.

Terasa macam hari Jumaat pulak hari ni. Yeay, hari ni dah gaji. blink blink terus mata. hehe.. Semalam, gigih menyiapkan kek. Ofis order 2 biji. kek hari tu lah, kek coklat tu.. hari ni ada hari penyampaian Tokoh, hari 5s lah yadayada..

Semalam lagi, rasa tak sihat. tekak aku ni kalau berpasir, memang sign of flu lah jawabnya.. berjangkit dengan anak2.. ha.. sekarang kan musim panas, tido buka ekon, buka kipas lagi.. tala kat muka. aku memang tak boleh lah kipas direct ke muka, tapi untuk aqil, dia tu memang suka kipas. aqil yang start flu dulu, then aisyah then me.. so semua tengah berhingus lah ni.. kena pulak hari ni makan free, ruginya nikmat makan ku ditarik.. hidung tersumbat.. 

Oleh kerana semalam nak buat kek, jadi masak memasak untuk family terpaksalah menapau. hee.. ambil kesempatan makan burger bakar abang burn. yelah, blogger sana sini duk canang kesedapan burger tu. aku pun dah minta lama dah dengan en suami. cuma  malas nak menyinggah je.. So semalam, alang2 beli barang kek kat pasaraya Hero kat Taman Dagang, terus lah zass sekali mencuba..

Tercangak2 juga pada mulanya. manalah kedai dia. rupanya dia dalam food court, senang je cari.. Aku pegi dalam pukul 530 lebih lah, dah buka dah. tak tahu nak order apa yang best. main belasah je lah order. Burger dia bukan biasa2 ye.. mahal dari bege biasa. sebab daging bege dia tebal. buat sendiri katanya.. Aku order Burger yang ada cheese 1 slide (beef) dan husband amik yang cheese 2 slice. Meatball tidak dilupakan. Mula2 biasalah, ala mesti bege biasa je ni... sekali makan, best!!!! Mujur semalam dah kuarkan duit siap2, kalau tak, beli burger satu je lah, share2 sebab duit tarak. haha.. total RM 28.++. bukan calang2 burger ni, burger emas ni. haha

ok. komen aku tang meatball ni. memang best. ni bukan entry berbayar ye. ni random opinion je. sos dia tu sedap. rasa cheese sikit, rasa black pepper dia tak kurang tak lebih.. sedap2, recommended.. RM 10. ada wedges sekali.. IKEA punya aku dah tak ingat dah rasa dia camana, tapi aku rasa yang ni best kot. daging buat sendiri, juicy gitu.. chewah..

Burger Bakar Beef Cheesy. ini husband punya. sebelum makan, amik gambar dulu. hehe.. pun sedap.. meleleh wa cakap lu. husband aku makan tak de simpan2 dah. licin. Yang burger aku aku simpan malam sikit, sebab dah kenyang makan meatball.. Sekali tu, lepas buat kek nak makan, dah ada semut! waa tensen mak. aku panaskan kejap. buang2 semut tu. then ngap.. hmm sedap jugak.. kiranya tak rugilah beli. boleh la beli lagi. :-)

preparation of burger bakar. dalam tak sampai 15 minit dah siap.. boleh makan kat situ. tapi aku nak balik lah nak amik anak, so kita tapau je.. 

Ok, tu je cerita kita pada hari ni.. Ai tetiba tengah lapar ni terasa mengidam pulak Burger bakar Abang Burn ni. hehe.. owh, menu free tengah hari ini ialah Yong Tau fu, kek dan kuih muih.. gitu.. Lunch nak gi sogolah, dah lama nak pegi, tak pegi2, ada je halangan. hehe. ok. bye. wassalam


5 comments:

Masya said...

oic.. tu dia.. meleleh cheese, tahan air liur .. puasa ni...
tak pernah makan burger burn jauh lah...

umifariswafiq said...

terliur la kak sue! haha fiza pn dah lame tingin nk mkn bege bakar nih, masih blm berkesempatan..

oh, fiza n faris pn tgh bad flu skrg ni, smpai sakit kepala... nikmat sms sihat br disyukuri hehehe

Suliana said...

Ye ke. Siannya awak.. Nnti buka bege eh :-)

Suliana said...

Kat ganu ada ke fiza? Get well soon :-)

Papa-NtiQ said...

Hi Suliana...saya baru jer upload pics dalam blog masa makan kat Burger Bakar Abang Burn jajahan Johor Bahru. Lazat dan cepat service.
Bila senang tu jenguk la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe...takde topik lain
Kalu minat tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails