Saturday, May 25, 2013

terapi diri

Assalamualaikum..
 
Malam ni tak boleh tidur. May be dah banyak tido siang, dengan paginya bangun lambat lagi. Hmm.. Tu yang malam terkebil2 aku nak tido tak boleh. Anak2 dah selamat belayar. En suami buat keje katanya.. Ke tengok tv ntah.. Hari ni cuti tak pegi mana2. Semalam je aku gi makan kat black canyon. Pastu ronda2 jap dalam jusco maluri tu.. Layan aqil main game.. Tu je lah.
 
Dan paling menggembirakan, dapat 2 pasang baju aisyah. Baju jalan. Eh ke baju raya?? Hmm tak sabar nak pakaikan semek tu tapi kalau buat raya pun cun jugak  hehe.. Sekarang jusco ada sale sampai 9 Jun.. Seronok tengok baju gegel. Kalau aqil, dah pandai pilih. Semalam nak belikan seluar 3suku tapi dia tak nak. Aku pun tak faham suar apa yang dia suka.
 
Balik2 pakai jeans yang sama.. Senteng pulak tu.. Terus tak jadi belilah memandangkan jusco nak tutup dah.. Next time lah ibu beli untuk aqil ye.. Suka tak suka, pakai jugak tau :-)
 
Gitulah aku. Eh ke semua ibu2 pun sama agaknya. Dapat gaji niat nak beli baju anak2. Baju ibu tak pelah, nanti2 lah, pakai apa je yang ada kan. Hukhukhuk. Buat cerita sedih pulak.. Berkira sikit aku nak beli baju untuk diri sendiri, tapi kalau dapat beli, laju je klik klik klik. Heeee... Baju untuk hasben setahun sekali je borong masa nak raya je.. Siankan.. Hehe. Tu pun tengok yang sale sampai 70% + 30%. Haha. Eh ada ke macam tu?. Nasib lah dapat isteri yang pandai jimat cermat ni :-P ada rezeki lebih bulan ni, hope dapatlah beli apa2 untuk kami :-D
 
Tak lama lagi nak puasa dah. Pastu raya. Kena lah start kumpul duit. Kalau yang ada main kutu tu, boleh lah cop bulan 7  nak kuarkan duit. Heee.. Aku main gak, tapi bulan 9, nak bayar insurance & roadtax myvi.. Bajet perlu ada maa... Bengkok nanti nak membayarnya.
 
Sebelum puasa ku bajet2 sogo mesti ada member sale kan. Hmm bestnya!! Nak amik cuti then nak beli baju raya anak2. Hee... Macam tak de hari lain nak beli. Masa nilah seronok berperang weih.. Beratur pagi2 sebelum pintu buka. Terus zass tingkat 4. Yang mana berkenan amik dulu later baru pilih. Terkenang tahun lepas pegi.. Hehe..
 
Okeylah. Belum apa2 lagi dah cite pasal soping raya... Bye.. Wassalam..
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

MasReena said...

Seronok baca cerita akak buat persiapan untuk keluarga... Sekejap je masa berlalu kan, tak lama lagi orang dah sibuk dgn persiapan puasa... then puasa pastu raya... pastu sibuk dengan open house sebulan tu... bulan 9 baru keadaan back to normal =)

Suliana said...

Hehe. Terapi diri katanya masreena. Berangan pun dah happy :-)

Nur Hasyimah Mahasan said...

Aqil dh pandai memilih yer..irsyad aper lagi...aqil sama la ngan irsyad...tak suker jeans 3 suku..so jeans beli sumer untk wat jalan je la..dok umah pakai baju biasa je yer....hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails