Friday, May 3, 2013

sunyi je hari ni

Assalamualaikum..
 
Serius sunyi betul opis hari ni.. emel pun ada lah seketul dua masuk.. Lunch time pegi SOGO pun tak ramai orang.. kemanakah semua orang. haha.. mesti dah balik kampung untuk mengundi kan.. Pegi bank tadi pun orang tak ramai.. haish ini baru betul PILIHANRAYA ni.. baru betul-betul raya :-)
 
Aku, insya-Allah akan balik Kluang malam ni. yek yek je ntah2 en suami tak mo hantar aku anak beranak. kasihanlah kami tiga beranak nak balik mengundi ni.. haha.. dia mengundi kat kampung dia, aku pun mengundi kat kampung aku. tahun ni first time aku nak buang undi ni.. dah terlepas dua kali kot. tahun pertama umur 21 tahun, aku tak mengundi pun, sebab macam kurang kesedaran kot.. kali kedua, pun tak balik mengundi sebab aku kerja.. plus, kurang kesedaran lagi. tahun ni lah baru nak mengundi :-)
 
Jadi, selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia!! Undilah dengan bijak. Silaturrahim jangan diputuskan.. Apa jua keputusan, terimalah dengan redha.. :-) okieess..
 
Bye. wassalam..

5 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Ni dah masuk kali kedua saya mengundi..Memang hari ni rasa macam slow je keadaan semua sunyi sepi tapi ramai yang dah balik kg ni...kita mengundi dekat je ni, hehe

Suliana said...

PRU 14 kita tukar alamat. hehe

MasReena said...

Saya mengundi di n9. Semoga kerajaan berubah kali ni, kalau tak jenuh GST =)

umi faris said...

hehehe klako je kak sue ni.. fiza plak dah kali ke dua ngundi..maunye x pegi..bising ayah terchenta nnt haha.. first time b4 kawen..2nd time lps kawen.. ade beza kt ctu hahah

erna said...

selamatmengundi..pilihan raya pun raya jugak kan? sy excited sebab ini kali pertama :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails