Thursday, May 16, 2013

Selamat hari Ibu dan selamat hari Guru

Assalamualaikum

Selamat pagi semua.. Hari Guru ye hari ni? Selamat hari Guru kepada semua warga pendidik.. kepada kawan2 blog yang bergelar pendidik, kepada family, mak pak sedara, sepupu sepapat, SELAMAT HARI GURU SEMUA!!! seronoknya jadi cikgu, diraikan setiap tahun. mesti cikgu bawa balik berbeg2 hadiah kan. hehe..  Cikgu, jasamu kami kenang.. terima kasih atas segalanya.. 

Dan, tidak dilupakan kepada mamaku, lambat sikit entry ni, selamat hari mama :-) Mama berada di Madinah pada ketika ini.. Setiap hari adalah hari ibu right.. Adikku belanja makan kek pavlova pada hari sabtu lepas. dan tiba2 aku tertukar hadiah dengan mama. hehe.. aku kasi mama kuali steamboat, dan mama kasi aku tempat letak kek. hehe.. actually mama belikan kawan opis dia jual, sekali tu bertukar akad pulak.. hehe

ini dia Guru sebenar dalam hidupku.. tq mama.. mama pun make juga pakai perfect 365. hehe

Sesungguhnya terlalu besar jasa dan pengorbanan beliau dalam hidup kami sekeluarga. moga mama dipanjangkan usia dimurahkan rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik.. amin ya Rabbal 'alamin.. Semalam ber wechat dengan adik dari madinah. Alhamdulillah mereka sihat2 semuanya kecuali kering kulit dan gatal2 badan. Esok baru mereka akan berangkat ke mekah untuk menunaikan umrah.. Seronok katanya di sana. tenang je.. hmm ini yang membuatkan rasa nak pergi saaangat...

Okey. tu je lah. makcik ada meeting kat putrajaya nun.. hukhukhuk.. 

bye. wassalam

2 comments:

Ietams said...

lawa mamanya ..

~MommyAida~ said...

nampak muda mama sue..cantik lagi..Selamat Hari guru dn hari ibu utk semua!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails