Tuesday, May 14, 2013

ramadhan yang semakin hampir

Assalamualaikum..

Hari ni aku terpaksa EL sebab sepupu kepada pengasuh aisyah meninggal. Arwah duduk sama2 dengan beliau. Jadi, semua urusan buat kat sini. Terpaksa cuti. Arwah sakit kalau tak silap aku sebulan lebih kot. Umur sebaya aku rupanya. Pada mulanya batuk berpanjangan, rupanya terkena santau. Kerana menolak cinta seorang perempuan. Wallahua'lam.. Penyakit ni asbab kepada kematian. Kalau ditakdirkan Allah nak meninggal, duk saje2 tulis blog pun boleh pergi. Erkkk.. 

Pemergian yang tidak disangka. Hari2 nampak. Last tegur hari ahad. Tiap kali petang nak amik aisyah mesti dia ada cuma semalam je aku tak masuk dalam rumah, jadi tak perasan dia.. Baik orangnya.. Lembut je dan masih bujang.. Orang yang kuat semangat, sakit2 pun masih bekerja.. Now yang tinggal hanya kereta satria depan rumah ku. Tadi pagi pegi melawat arwah, kurus je.. Panjang.. Memang tinggi pun. Tenang je muka dia.. Meninggal lebih kurang pukul 4 pagi tadi..


Semakin hampir ramadhan, ramai orang yang baik2 pergi.. Walau pun bukan ahli keluarga tapi air mata tetap gugur, ditambah lagi dengan esakan dari ahli keluarga.. Kematian memang sesuatu yang menginsafkan.. Sunat kita mengingati mati.. Camanalah keadaan kita di sana nanti..

Mari sedekahkan al-fatihah untuk arwah dan semua umat Islam. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al-fatihah...
Wassalam...

p/s: kawan2, dah ganti puasa belum? Tak sampai 2 bulan lagi nak puasa. Me alhamdulillah clear tapi nak buat juga puasa sunat cuma liaattt sangattt.. Selagi x mula, selagi tulah tak puasa2. Huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

Ietams said...

salam takziah dari saya

Allene said...

lin tak abis ganti lagi.. =( tengah sarat da ni... nak ganti pun cam tak larat je... baru 3 hari... berbaki lagi 7 hari...

umifariswafiq said...

al fatihah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails