Monday, May 6, 2013

PRU 13 - nak cite jugak :-)

Assalamualaikum..
 
Selamat pagi semua! Hari ni aku keje bersama si kenit aqil.. Kawan-kawan ramai yang cuti.. huhu.. jalan pun lengang.. Tahniah kepada kerajaan baru. Harapanku semoga kerajaan BN akan memerintah dengan lebih baik, jauhi rasuah dan improve pentadbiran yang lalu. Itu jelah harapan ku, tak reti nak eleborate dengan kata2 bermadah :-)
 
Aku mengundi di Kluang.. First time. Seronok dan berdebar. Seawal pagi hasben aku dah kejut bangun. dah siap2 sarapan semua, aku bertolak ke tempat mengundi di SK Kg Tengah, dekat je dengan rumah.. pukul 7.30 pagi dah beratur ok.. Punyalah bersemangat. itu pun orang dah ramai.. Aku pun agak blur lah kan nak pegi mana. hehe. Pergi pulak dengan pengundi first time juga iaitu adik ku dan kawannya.. Aku ikut je lah orang cakap, aku di saluran 5, terus je pergi beratur kat bilik darjah tu. Antara yang terawal jugaklah..
 
me dan adik. prebet sapu of the day :-p
 
di pintu masuk semasa penyemakan nama. Oleh kerana aku dah tahu aku saluran 5, aku tak jadi beratur kat sini ;-)
 
spot my brother:-) aku di tingkat 2, mujur sangat.. tengah tunggu adik aku siap undi ni.. pengalaman pertama dia membawa undi rosak. huh. katanya pen/pensil tidak disediakan, jadi dia cop jari kat kertas tu. kawannya pulak pangkah pakai jari biru tu. huhu. kesian betul. aku pulak ingat aku yang silap. nasib betul..
 
tara.. saya sudah :-) alhamdulillah, dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. sampai ke pagi ni, ada lagi sisa2 warna biru tu..

Usai tanggungjawab ku, aku pun zasss balik rumah. masa tu pukul 8.30 pagi. orang memang berpusu2 lah. dengan parking kereta yang ikut suka hati diorang, jem okey, dahlah jalan kampung.. Sampai rumah, siap2 packing semua, balik Lenggeng pulak.. Mak aku tunggu aku balik baru dia gerak gi mengundi.. Di kampung hasben, keadaan lebih meriah.. kalau di Kluang, perang bendera tak sekuat di KL ni. cool je lah. senior lebih memilih untuk kekal, tradisi. Dan DUN tempat ku dimenangi oleh calon BN Tn. Hj Jais Sardey (clap clap clap) manakala parlimen Kluang DAP yang dapat.. Johor bukan lagi kubu kuat BN. sekian. 

 
Di kawasan kediaman ku di Ampang, PKR menang. Rafizi Ramley wins the vote. menang besar weih dan selangor still Pakatan.. dan hari ni selangor cuti, KL keje. silakan pegi keje Puan. bawalah dak kecik ni sebab taska dia tutup.. Nasib baik pengasuh aisyah tak minta cuti, kalau tak, aku pun terpaksa EL nak jaga budak2 ni..
 
Okey, tu je pengalaman ku untuk kali pertama mengundi.. tahniah kepada kerajaan yang menang dan kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih terimalah keputusan dengan terbuka.  Sekian, wassalam.

5 comments:

MasReena said...

Saya pun bekerja hari ni kak.. wilayah takde cuti =(

Komen Masreena Terhadap Kemenangan BN dalam PRU-13

Suliana said...

slmt bekerja masreena :-)

Ietams said...

mujur saya kerja di selangor.. dpt rehatkan badan.. n x perlu rushing nak redah jln balik kl.. heeeee..

Fizah said...

kluang - my once upon a time home! =)

Masya said...

mood happy .. bgs pakai baju xde kaler parti hihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails