Sunday, May 26, 2013

projek mengemas almari

Assalamualaikum..
 
Haa.. Rajin pulak aku update blog ye malam2 ni. Ni kes tak boleh lelap lagi lah ni.. Cuti 2 hari ni memang memerap kat rumah. Nak tak nak terpaksalah merajinkan diri membongkar almari kemas kain baju. 5s kan almari sendiri ye..
 
Dah semak sangat almari kami ni. Termasuklah laci anak2.. Huhu. Punyalah bertangguh, akhirnya dapat juga dilaksanakan. Ada hikmah lah tak kuar pun. Dengar2 cite jalan sesak sana sini ye. Huhu. Bagus2 duk rumah je kite..
 
Projek stat dari pukul 11 kalau tak silap. Membawa ke maghrib, final touch la kiranya complete dengan mop sampai tangga. Hehe..  dapatlah hasil 5 beg untuk didermakan kepada orang2 yang memerlukan. Masalahnya, aku pun tak tahu nak hantar ke mana baju2 ni.. Eh elok lagi tau baju2 sume. Kebanyakkan baju en suamilah. Suar dia. Dulu saiz pinggang 30-32 skrg malas cakaplah kan..  hehe.
 
 
Baju aku pulak adalah sikit. Sayang benonya nak kasi orang, bila lipat2 ada je kenangan. Tapi ada jugalah terpaksa dilepaskan. Dah memang tak leh pakai pun. Sendat di sesetengah tempat.  hehe. Yang banyak nya tudung bawal. Tapi bila sorting tu rasa eh ni boleh pakai lagi ni. Simpan balik :-)Baju aqil pulak, tak banyak yang boleh bagi. Sebab baju dah lebam. Tapi ada juga kemeja2 yang masih elok, ingat nak kasi baby kawan kat opis.. Hope dia muatlah..  bukan tak nak simpan untuk adik2 yang lain tapi nanti ibu mesti nak beli yang lain kan. Hehe..
 
Baju2 baby pulak aku tak sempat sorting. Memang makan masa kalau nak kemas baju2 ni semua. Kena punggah almari lipat balik. Kasi cun2 skit. Spray dengan febreeze. Hari tu kuar lipas sekor kat almari aku. Haa.. Nampak beno tempat menternak lipas. Yelah, jarang2 kemas.  tahunya lipat dan sumbat. En suami tahu tarik dan pakai saje.
 
 
Tapi, tak sia2 usaha aku malam ni. En suami belanja dinner.hehehe.. Ala tak belanja pun kita buat jugaklah. Makan kat secret resepi. Tapi, menu malam ni salah pilih. Konon nak try menu lain, tapi xkena dek tekak. Nak wat camana, telan je lah.. Ada satu menu tu terpaksa tolak sebab tak tahan bau daging kuat gile. Terpaksa order yang lain. Haish.. Terbang RM 90 okeh. Tax je dah RM 12 for nothing. Anyway tq en suami.. Next time ibu belanja pulak. Tapi kena basuh toilet dulu :-)
 
 
Okeylah. Banyak pulak menceceh malam ni. Esok kena bangun awal. Nak bertolak ke klang. Family akan sampai dalam pukul 130 tengahari. Nak masak sikit2 lah. Sian diorang penat. Mama batuk2. Hmm biasalah perubahan suhu kan.. Aku pun batuk gak ni, nak semput dibuatnya.. Ok bye.
 
Wassalam.
 

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

Dokter faRyn said...

tu lah. aku pun ada banyak baju waktu kurus *ehem* yang elok-elok lagi. nak pakai dah sendat sana sini. nak bagi orang sayangnyaaaaa. so kesimpulannya, simpan balik, buat penuh gobok. HAHHA.

mama maman aka yana said...

rajin... bagus... kiki... kita pun sama... sorting semua baju pastu tak tau nak kasi sapa,.. kiki

mama ila said...

betul tu..kalau duk berkemas baju2 kann...plan asal yg dah xmuat nk bungkus kasi kat orang..tapi last2 mesti ada jugak sehelai dua yg masuk balik lam almari sbb sayang..hehehe

Suliana said...

haha. selagi ada space boleh lah simpan :-)

Suliana said...

ikut mood yana :-)rezeki rajin lah ni :-)

Suliana said...

baju2 aqil dah selamat dah bagi kat baby kawan :-) kalau nak tengok baju2 aqil dulu, terpaksalah ibu buka blog mengimbas kembali. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails