Thursday, May 2, 2013

Pencarian kindy

Assalamulaikum..
 
Tahun depan aqil dah 5 tahun. dah kena masukkan sekolah tadika.. kat taska sekarang ni, tak belajar apa2, sikit2 je lah belajar mainnya.. adalah dulu cikgu taska dia seorang siswazah yang menunggu tawaran jadi cikgu. so dia ajar iqra' dan belajar sikit2. now, cikgu tu dah jadi cikgu betul di sabah.. tinggallah cikgu taska sahaja yang kata aqil "tak belajar apa-apa pun, aqil diam je".. yek yek je anak aku ni, ntah2 penat cikgu dia ngajar. huhu
 
Baru-baru ni taska dia kasi surat. katanya akan NAIK harga lagi.. terjegil bijik mata tengok..  now, yuran aqil RM 250. kronologinya begini (rasa macam dah pernah tulis) hantar masa aqil 8 bulan RM280, bila umur 2 tahun jadi RM 250, umur 3 tahun RM 230, umur 4 tahun 2013, tahun ni lah, naik balik jadi RM 250 (revised harga). then, bulan 6 akan datang ni, means gaji bulan Mei dah kena bayar new fees iaitu RM 300.. katanya kos pengurusan dan juga menyahut seruan kerajaan gaji minima RM 900.. now gaji cikgu2 tu maybe around RM 500 - RM 600 kot..
 
Nak salahkan taska pun, macam tak patut juga. yelah, dulu aku rasa taska dia ni murahlah compare dengan other taska kat KL ni.. now, kiranya reasonable jugalah dia nak naikkan harga. tapi, yang menjadi mangsa adalah ibu bapa ni ha.. tahun depan aqil pun nak kena masuk tadika dah. harga tadika yang best2 sikit kat KL ni pun boleh tahan.. Pendaftaran je dah RM 1000++ okeh. dulu kita tadika KEMAS or PASTI or ABIM je. tak pun tadika matahari (nama rekaan). sekarang, macam2 jenis tadika yang best.. duit jelah tak best. hehe. tapi untuk pendidikan anak2, apa saja untuk mu. cewah.. so kena start kumpul duit untuk anak2 juga lah..
 
For me, tentulah pilih islamic education..  plus English pun bonuslah. wah anak2 gi sekolah english, mak ayah ni tergeliat2 lidah nak kecek english. haha. patut mak pun gi belajar omputih sekali, dah lama tak asah lidah tu.. ok, bila pilih Islamic English., kenalah pilih Montessori.. gituww.. kat area rumah aku yang best sikit sekolah program montessori ni ialah Brainy Bunch dan Little Caliph.. Brainy Bunch tu dekat juga tapi mahalnya monthly fees.. pergh.. lebih sikit dari monthly myvi aku.. RM 620 (full day) itu pun kalau dia tak revise harga lagi untuk 2014. Yang little caliph pulak agak murah sikiiit lah. tapi agak jauh dari taman rumah aku, tapi kitorang nak pegi keje lalu lah situ, cumanya jem sikit.. buka dari 7.15am sampai 6pm.. fees dia RM 250 per month dan kalau plus day care RM 380. itu harga tahun ni, tahun depan tak tahu berapa pulak regenya.. tadi aku emel dia gitulah dia jawabnya..

fees for Brainy Bunch. Untuk Little Caliph tak cite pulak rate dia berapa..
 
Then, lain-lain sekolah pun ada macam smart readers, PASTI etc.. tapi aku belum survey lagi.. dan ada juga yang mencadangkan hantar kat PRA SEKOLAH kat sekolah2. ada je Pra sekolah kat rumah aku tu.. murah memang murah (silap2 free), tapi nasib2 lah kalau dapat baguslah.. tapi programnya macam mana pulak kan.. kelebihannya nanti nak sekolah betul dah tak takut kan.. haish. nantilah kita kena amik cuti dan pegi survey tadika2 kat rumah tu..
 
katalah, kalau tak nak amik full day kat sekolah tu, pengasuh aisyah dah offer untuk aqil transit kat rumah dia.. aku ni bukan apa, macam ramai sangat kat rumah dia tu. aisyah lagi, anak2 sedara dia lagi. huhu. aqil tu agak nakal melenting2 sikit. tapi okey jugalah kan, at least ada juga orang tengok2 kan anak2 lepas balik sekolah ke apa kan..
 
Ni baru nak buat pemilihan kindy ni.. kalau anak dah nak masuk darjah satu camanalah. haha.. pemilihan sekolah lagilah pening kepala.. as a parents kenalah pilih yang terbaik untuk anak2 kan.. tak pelah, yang tu later kita citer noo..
 
Ha.. ada apa2 pandangan atau cadangan tak dari uols semua? hehe.. oklah tu je nak share pening kepala dengan korang :-p bye. wassalam
 

17 comments:

Allene said...

terasa da pening kepala ni... anak br setahun lebih je... T__T susah gak kalau kita kerja kan...

Ietams said...

memang pening kepala nak pilih taska utk anak2 ni..
kene betul2 servey dan buat keputusan yg pijak..

~MommyAida~ said...

huhuhu..tulah..sama dgn Aql aida jugak..pening nk pilih kindy..skrg ni bukan nya cam dulu-dulu,kalo xcecah 1 k,mmg bukan kindy lah kalo kt kl ni kan..huhuhu..ni pun aida nk buat entry cam Su..eh samalah pulak..hihihi

Fizah said...

teringin nk htr anak3 kat tempat2 grand cmtu..little caliph ke, brainy brunch ke, genius aulad ke..tp kat mlk ni tak byk..then harga masuk tu agak keterlaluan bagi saya..hihu...last2 htr anak2 kat taska/tadika biasa je area rumah..alhamdulillah ok jgk.. =) pening kan nak carikan sekolah utk anak..klu dpt pendidikan percuma alangkah bestnya? eheh ;p

Dokter faRyn said...

melaka ada genius aulad, brainy bunch and smart reader. aina insya ALLAH ke GA next year. sbb tu plg dekat dengan tempat kerja. hehhehhe.

MasReena said...

Masuk taski abim ok tak? tumpang simpati dengan masalah ibu bapa hari ni yang penuh dilema bila uruskan persekolahan anak-anak. Pendapat saya, cari sahaja sekitar rumah sebab lebih mudah diurus =)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

belanja paling berat bila anak2 tgh tadika tu tak masuk yuran awal dan tgh tahun tu.. ilham bulanan tadika dia + van RM600 jugak la, nak tadika bagus, harga dia pun baik punya lah.. tp nmpk la improve dia, terutama bab english, tihah fasih english sbb tadika jek, arap mak dia ajar dkr umah... mmmm jgn arap la, skrg dia lak yg betulkan grammar english kita..

Suliana said...

tu lah. klu surirumah sng je nak atur anak2 kan :-)

Suliana said...

ye ietams.. mmg kita rasa elok taska A, tapi bila pikir tang lain, mcm kena korbankan somthg pulak.. masih berfikir.

Suliana said...

it's ok. can share opinion :-)

Suliana said...

kt tmpt su ni byk, tinggal nk pilih je

Suliana said...

sng nya kan klu dkt dgn tmpt kerja. aku masih lagi berpk2 ni. huhu

Suliana said...

abim tak tahulah ada lagi ke x.. betul juga tu kan, dkt dgn rumah senang nak urus.

Suliana said...

erk, ada yuran lagi ke ptghn thun. huhu.. kena simpan duit la ni ye. huhu. su pun teringin nak hntr english school ni tapi dkt2 dgn rumah tak de. huhu

umi faris said...

taska faris rm220.. so far tak naik harga lg.. kt trg sume dah rm200 ke ats kecuali taska permata rm180. ;)

Najwa Dollah said...

salam saya najwa,
dari shah alam seronok membaca kandungan di blog awak
banyak info yang dapat saya perolehi
pencarian tadika yang sesuai untuk anak kecil kesayangan
insyallah.. jika ada kesempatan singgah la ke blog saya. tq mummyfit and healthy with Shaklee

nornaz mn said...

Salamm..i enjoyed read ur blog..now I pon tgh dilemma utk cari tadika for my daughter 5 the. Next year 2015.. Now die pi playschool agak murah dlm rm260 tp rase tak puas hati sb no English medium..jd thn dpn nk cari tadika yg best skit utk die..I live sumwhere kt bdr seri putra.. Ada smart reader, nur caliph, brannybunch... Tak tau Mana yg ok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails