Monday, May 13, 2013

mencari kelengkapan Umrah/Haji

Assalamualaikum..
 
Salam hari Isnin. Salam 3 Rejab 1434H.. hari ini kedua ibu bapaku akan berangkat menunaikan umrah bersama nenek (belah ayah) dan juga dua adik lelaki ku yang masih bujang (no 5 & 6). Pergi bersama group Andalusia travel agent. Now dah dalam perjalanan ke KLIA. kena berkumpul pukul 12 tengahari kat sana untuk dengar taklimat, jam 4 petang baru lah akan berlepas, insya-Allah.. Ya Allah, permudahkanlah urusan keluargaku sepanjang berada di sana..
 
Mereka tiba di rumah ku pada Jumaat malam sabtu. cadangnya nak menghadiri kursus umrah di agensi taman maluri. Nak bawa dua adikku dengar ceramah umrah. Tak berkesempatan nak pergi, last minute baru dapat pegi.. semua nak duduk bawah ketiak mak ayah baru nak gerak..hmm..Mama, ayah dan nenek dah pernah pegi, so dengar2 gitu je lah, selebihnya tengok you tube, pun ada ceramah haji/umrah. last diorang pegi masa menunaikan fardhu haji 4 tahun sudah.. Ingat lagi masa tu aku pregnantkan aqil.. bulan 10/2008 lebih kurang mcam tu lah. Now, ada rezeki lebih, ayah bawa nenek dan 2 adik bujang..
 
Okey, lepas habis kursus, diorang cadang nak tido Klang pulak rumah kak Long, aku tak ikutlah. pegi keesokkan harinya.So, aktiviti hari Ahad, lepas lunch, kitorang jalan2 sekitar Shah Alam, nak cari tudung, jubah yadayada yang masih belum lengkap untuk diorang.. Maka, kak long mencadangkan pergi Masjid negeri Shah Alam.. Setibanya di sana, memang hiduplah aktiviti sian. khemah2 kecil dibuka di sepanjang koridor masjid untuk orang berniaga pakaian kelengkapan umrah.. ramai juga orang.. jadi apa yang dihajati tercapai..
 
macam2 ada, jubah, tudung, telekung, kurma..

see.. banyak kan..
 
jubah coklat tu nenekku..
 
ha.. ni budak dua orang ni, main je keje.. kisah aqil, later aku ceritakan..

adik2 ku. pendek pulak nampak ayed. hehe. bergaya dengan jubah dan sun glass baru.. camanalah diorang kat sana nanti.. harap2 berubah ke arah kebaikan. aku ni bila ntah nak sampai ke sana. teringin je nak pegi, tapi anak2 kecik lagi, camano. kalau ikutkan aku nak je angkut semua.. tapi orang kata kita nak beribadat, jadi macam tak sesuai bawa budak2.. hmm. tengoklah nanti, ada rezeki, dapatlah pegi.. doakan ye..
 
 
Ini nenekku. ya Allah panjangkan umur nenekku.. ni budak aisyah ni dia tak nak dengan nenek.. tuyang keras je bila nak suruh bergambar. dah lama2 sikit baru dia nak tegur2 moyang dia. huhu
 
Cuaca kan sangat panas lately.. aku rasa burn je muka kalau duk kat luar. lepas kat masjid, pegi seksyen 7 shah alam pulak, mama kata nak tengok kedai pearl haya. hmm.. syoknya kalau banyak duit. cantik2 sangat tudung. banyak betul kedai tudung kat situ.. lepak2 kat area situ, kebetulan konvo uitm kan, penuhla orang.. melekit2 lekit dan belengas. lepak kat papa rich.. sejuk sikit kena kipas berair tu. hehe..
 
okey.. nanti aku cerita lagi k.. bye.. wassalam
 

6 comments:

Masya said...

kat kedai / gerai kat masjid tu bkk setiap hujung minggu jer ker? ahad ker?? atau mmg setiap hari ada yer...

Ietams said...

smoga perjalan mereka selamat pergi dan balik..
dan sihat tubuh badan jalankan ibadah. amin

Suliana said...

hmm xpasti pulak ye. tapi sy pegi weekend la. nnti sy bgtahu ye :-)

Suliana said...

tq ietams.. amiin..

umifariswafiq said...

smga selamat semuanya..amin

tula kak sue, teringin kan nk pegi.. bgtau gak kt suami, die kate faris kecik lg.. tapi kwn fiza ok je bwk anak die kecik2 g umrah.. waAllahua'alam. in shaa Allah ade rezki blh pegi .. amin :)

~MommyAida~ said...

Alhamdulillah ..semoga family su selamat peri dan balik n semuanya dipermudhakan..skrg ni mmg cuaca agak panas kan..tak tahan plk rasanya..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails