Thursday, May 16, 2013

macam-macam keletah

Assalamualaikum..

keletah anak2 memang menghiburkan. kadang menggeramkan. Kisah aqil minggu lepas pada hari sabtu. aku mana pernah berpisah dengan dia kan kecuali induksi dulu selama 2 minggu dan juga menjadi urusetia mesyuarat di Johor dulu 3 hari 2 malam. Masa tu dia consider kecil lagi lah bawah 2 tahun kan..

terbaru, sabtu lepas, dia beria nak ikut atuk dia pegi rumah kakakku di klang. nak main dengan cousin dia, aiman anak buah aku lah.. nak tak nak, beria dah janji tak nangis, ayah aku pun beria ajak dia. haa.. kalau nangis, sape pulak nak hantar malam2 buta tu kan.. dahlah jauh, kalau rumah sebelah2 okey juga nak gi amik. maka, aqil pun cepat2 mandi petang, nak ikut atuk. terjerit2 panggil nama atuk takut kena tinggal.. bila dah masuk kereta, cepat2 suruh mak ida tutup tingkap, takut aku amik.. salam pun tak nak takut aku tak kasi pegi. hai sabo je lah..maka, pergilah aqil tidur rumah maklong dia kat kelang

Bila dah malam, perasaan sebagai seorang ibu tu kan lain. aqil tak de, sunyi je rumah. aisyah pun senang je tidur tak de orang bising.. lain rasa itu.. hmm.. keluar makan pun rasa macam tak cukup korum je kan.. Pastu, bila dah malam, dapat call dari ayah, aqil yang call/ "ibu, bila nak datang rumah mak long".. hmm kan... tapi dia tak nangis. aku pujuk dia. ok, settle. tiba2, pukul 4.30 pagi, dapat call dari mama. aqil juga yang bercakap "ibu, bila nak datang rumah abang aiman" aku suh dia tidur, cakap esok pagi ibu datang "aqil tak nak tidur, aqil nak tunggu ibu datang" hmm. rupanya dia tak tidur malam tu, kelip2 mata dia. ayah aku kasi dia main game sampai subuh baru dia tidur..

Keesokkan harinya, bila aku sampai, elok je main, tak ingat ibu dah.. petang tu pegi cari barang keperluan parents nak gi umrah, dia terus flat.. bangun meragam pulak tu.hmm.. macam tu lah aqil.. tapi mujur dia ok bila kena pujuk. kalau beria nangis, mahu pening kepala atuk nak melayan.. 

Aisyah pulak, bila tak de abang dia, main sorang2.. main bedak, tengok upin sorang2.. hehe.. layan aisyah je lah ibu kan..

 kerja.. kerja.. jangan tak kerja.. makcik tengah sibuk ni :-)

habis comellah tu..

ini baru comel :-) dia kan, kalau kita amik gambar front camera, dia suka.. suka tengok muka sendiri :-)

ha.. sampai mendongak tengok cerita upin tau. kasi cite upin, ibu boleh wat keje lain like sidai kain, basuh pinggan. good girl :-) pandai main sendiri.. suka tengok buku..

Gitulah kisah anak2 ku.. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. jadi anak yang baik, berakhlak mulia.. amiin.. bye. wassalam..

6 comments:

Allene said...

amboi... sebotol la bedak abis ni...

mama maman aka yana said...

dah mskkan link dlm bloglist pembaca tegar mama.. :)

sama ngan kita la.. selalu baca tp jadi halimunan.. kiki

~MommyAida~ said...

alahai sedihnya abg Aqil tu..kalo xpnh berpisah, camtu lah kan sue..Aida pon susah nk berpisah dgn ank2..mommy yg emmo terlebih...kikiki..Amboi Aisyah, bestnya main bedak..xde kwn ye..hihihi

Suliana said...

hehe.. suka main bedak :-)

Suliana said...

thanks yana

Suliana said...

itu lah pasal. ibu yg terlebih emosi je. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails