Friday, May 17, 2013

Kari kepala Ikan Kg. Pandan

Assalamualaikum..

dah tengahari ni mulalah pikir nak makan apa kan. hehe.. aku kena pegi kelas aerobic dulu lunch ni, pastu baru hegeh2 gi cari makanan.. haa.. tengah aerobic tu pun boleh lapar tau. tadi pagi tapau pancake kat mcd je. tu pun rasa tak cukup. tapi takkan nak hover pulak kan sarapan pagi makan sampai 2 set. hehe.. belek2 gambar, terjumpa pulak gambar kari kepala ikan makan kt kg pandan minggu lepas bersama family :-)

So, mari kita jadikan bahan cerita pada hari ini. Ayahlah pagi tu beria suruh aku masak ayam masak lemak cili api. sekali, masa nak pegi kursus umrah tu, terlalu kat depan kedai kari kepala ikan kg pandan. apa lagi, dia sudah tukar itu menu lunch pada hari itu. mujur belum beli ayam ke apa. Selamat mak tak payah masak tengahari tu. hehe

Kepala ikan dia besar sangat.. Ikan apa tak tahu pulak, rasa macam ikan merah je.. masa ayah order tu, dia main order je, konon macam set lah kan. sekali datang, haa amik, banyaknya lauk.. ada telur ikan, ayam goreng, kepala ikan besar gajah tu, sayur kubis, sotong tepung.. haa.. sila sila makan.. :-)

ha. besar tak besar tak? Jenuh nak habiskan. memanglah nampak kepala ikan je kan, tapi isi dia banyak. kalau korang pegi, amik ini je dah cukup. cer teka berapa hengget kepala ni? 

see.. banyakkan.. ayam tu tak terusik.. sotong pun sama.. siap tapau bawa balik. 

Last2 surrender.. aku makan isi sikit2 je, selebihnya lagi suka makan pipi dia/ tulang2 tu. Tak tahulah apa sedapnya tapi biasa2 je lah, tapi kalau nak singgah boleh la makan. ever green kan tempat ni.. mula2 macam tak pedas, lama2 makan terasa kehangatannya.. podeh jugak.. isi ikan dia macam pejal, macam makan ayam pulak..

kami pun balik dengan kekenyangan. Hajat dihati nak pergi Jusco Maluri, pastu semua dah malas, cancellah balik rumah tido lagi best. hehe.. dah pekena kepala ikan, berat perut lah.. Total harga yang kami makan kat situ untuk 8 orang dewasa RM 150++ kalau tak silap dan kepala ikan itu saje dah RM 80.. haa.. sekali sekala boleh lah. 

So, lunch nak makan apa ye.. ok, nak bersiap ke aerobic pulak. malas pulak rasa..

bye. wassalam

6 comments:

maria firdz said...

mak aii... gerun tgk kpla ikan... huhu..

ishy77 said...

Sedapnya..... Ok ok jugak hrga.sekali tak sekala bole torai

umifariswafiq said...

bestnye kak sue g kls aerobik! :)

Suliana said...

besar sgt :-)

Suliana said...

ye sekali sekala ok. klu selalu mkn kari poning gak. hehe

Suliana said...

mula2 semangat fiza, pastu kena paksa diri pegi. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails