Wednesday, May 8, 2013

Gwiyomi Aisyah

Assalamualaikum..

Semalam tak update blog. lupa dah semalam ulang bulan aisyah baby gwiyomi ibu yang ke 17 bulan :-) cepat  sungguh masa berlalu. dah Mei dah pun. pejam celik pejam celik sampai bulan 12 aisyah dah 2 tahun.. Alhamdulillah, Aisyah dah boleh jalan sikit2.. yeay.. bagus anak ibu.. kuatkan usaha mu :-) tapi masih macam robot terhuyung hayang. hehe..

Aktiviti terbaru aisyah dah pandai cakap sikit2. dah pandai pangil IBU :-) jerit2 dia panggil ibu. Port kegemaran dia sekarang ialah kat dapur, main buka drawer kabinet, keluarkan sudu garfu dalam drawer. haa.. duduklah dia berpeluh2 kat dapur tu.. punggah-punggah barang..

Makan pulak, oklah boleh la.. cuma dia suka makan lauk. suka fish. nasi dia kurang.. Scott Emulsion putih tu dia suka. dia bolehlah nak makan sekarang ni tapi kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Dia dah makan semua makanan kita, pedas2 sikit pun boleh terima.. air masak banyak minum. aku try kasi dia makan yogurt stoberi, ok dia suka hari tu.. hari ni try bagi lagi, tak tahulah nak makan ke tak. kirim kat pengasuh dia.. susu ikut mood. kadang habis, kadang tak habis susu yang aku bekalkan.. tu yang berlambak stok EBM aku dalam freezer. botol pun kena beli baru sebab tak cukup botol.. 

Cerita tv kegemaran ialah cerita upin dan ipin. haish anak2 aku dari kecik semua suka upin ipin.. kita tinggal dia sorang2 tengok upin pun dia tak kisah.. tapi tinggal sekejap je lah. aku ada rekod upin ipin musim terbaru iaitu musim 7 tajuk Gigi Susu.. memang tak buang yang itu, asyik duk ulang2 je tengok aqil dan aisyah ni..

 gambar terbaru semalam.. kacau ibu tengok cerita korea.. bila kita cakap gwiyomi, terus letak jari kat pipi.. comel je. *eh puji anak sendiri pulak*

 terkena tempias PRU 13 :-)

pic ni diambil semasa nikah jiran belakang rumah. ceria dia baru bangun pagi ni

wekkk.. hehe

ibu dengan tudung pinjam tok ma. hee. baru match dengan baju :-)

ha.. tu je lah ibu nak share.. harap2 kesihatan anak2 ku bertambah baik. alhamdulillah bulan ni anak2 tak demam.. cuma aqil jelah selsema sikit.. ok bye.. wassalam.. 


3 comments:

umifariswafiq said...

cumilnye gyomi aisyah! pndai tul posing! :)

Suliana said...

hehe.. musim gwiyomi, aisyah pun faham :-D

Marsha~ said...

aloooooo.. syomelnyeeeeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails