Tuesday, May 21, 2013

first time movie with kids

Assalamualaikum..

Aktiviti hari sabtu malam ahad. Idea mr hubby lah ni nak tengok ironman.. tanpa disedari dia telah booking online cerita ironman.. so, marilah kita berangkat ke KLCC.. cuak juga bawa anak2 ni kan, takut meraung ke apa.. boleh masuk. aku tengok ramai je parents bawa budak2.. 

kami pergi pun dah petang, dalam pukul 6 macam tu, lepas adik aku balik.. sampai sana, oklah orang tak ramai. beratur pegi amik tiket dulu. beria aqil bergambar dengan gambar ironman. hehe.. lepas beli tiket, ready untuk solat maghrib kat LG, sekali tu, ramai nya orang, rombongan budak2 sekolah.. terpaksa bagi keadaan reda dulu barulah nak bersak2 dalam surau tu. lepak kat baby room kejap. cantik dan selesa sangat baby room kat klcc. ibu dan bapa pun boleh lepak dalam tu. sekarang tak perlu risau lagi kalau aku nak gi toilet anak nak letak mana. suh dia lepak2 main mainan dulu, aku masuklah toilet dia. toilet berkembar dengan anak :-) later aku cite lah pasal ni :-)

 aqil yang happy..
 
ironman. tapi botol air tu dah habis

suka dia..

Kisah aqil masa tengok movie tu. Punyalah dia takut nak masuk. dia ingat macam masuk petrosains gelap gelita. dah beria beli popcorn sume, masuklah dalam. sekali tu aqil tak nak masuk. dia siap lambai sambil duduk sebelah tukang koyak tiket tu. "bye.. aqil tunggu kat sini" banyak ko punya cantik, meh masuk sekali dalam, apa lah yang ditakutkan sangat. bila dah sampai dalam, gelap kan, adalah lampu dim sikit.. tu pun sibuk ajak balik. bising kerusi dia asyik ternaik je. hehe. tutup telinga, bising katanya. aisyah pulak senang, tido terus sambil nenen..dahlah ekon tak kuat, berpeluh tido.hmm. aqil pulak asyik tanya mana ironman. bila dah kuar, bising pulak suara dia. huhu.. bila dah habis, dialah paling happy sekali boleh balik. haha. kesian anak aku ni, semua takut.. apa pun tak boleh.

ni aisyah. ajar dia tatih. dia pakai baju tido jek. hehe.. kalau berjalan dengan aisyah, pukul berapalah nak sampai. hehe. sian dia. langkah kecik2 compare dengan ayahnya selangkah ayah, 10 langkah aisyah. Now, kat rumah, dia dah tak payah suruh jalan, alhamdulillah dia dah berani jalan sendiri, tapi macam robot lah.. sejak dia balik dari tengok ironman tu, ntah apa yang disebut "eh eh eh ayeme". hehe. lebih kurang cam tu lah sebutan dia :-) 

ni makan malam kami malam tu.. cendol biasa. beli kat tingkat 3 foodcourt signature

spageti bolognese marinara. sedap. beef. selalu beli ini. yummy

lasagna ayam. tak best sangat, masam. tapi boleh lah..

Kesimpulannya, we enjoy that day :-) balik kul 11 lebih.. dapatlah beli barang2 sikit kat cold storage.. buat kudapan dan cheese mascarpone nak buat kek red velvet untuk kawan opis.. itulah kenangan kami bawa anak2 tengok movie. boleh lah kot nak tengok movie kanak2 lepas ni ;-) bye. wassalam


2 comments:

umifariswafiq said...

welldone! :)

fiza sll gak teringin nk bw faris n hubs g tgk wayang..tp encik suami ku takmo, tak blh bwk faris katenye hehehe

Masya said...

haha.. nasib baik aqil nak masuk jugak, tu yg sy risau kalau nak bwk anak pg tgk wayang.. dia awal² dah ckp gelap.. ntah mana dia tahu pun.. kt xtau... mmg x pernah bwk lg tgk wayang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails