Monday, April 22, 2013

weekend story

Assalamualaikum..
 
Salam hari Isnin.. saje je nak share cerita weekend :-) kami tak pegi mana2 kecuali balik kampung lenggeng pada hari sabtu dan ahad lepak2 di rumah.. Oklah, asyik kuar rumah je kan. apa kata lepak rumah pulak. hehe.. ingatkan bila melepak adalah keje rumah yang dibuat kan, non hado.. memang lepak semata-mata lah..
 
Aqillah yang paling seronok sangat duduk rumah. hehe. hyperkah ini budak. tak reti duk diam.. main je.. kadang rimas pulak. tapi bila difikirkan, biarlah dia main, dah lah tak de kawan nak main, so dia hiburkan diri sendiri dengan idea kreatifnya.. di samping menyerakkan rumah lah kan..
 
Ini kerja aqil. suka benar dia main stool tu then heret atas basikal dia. tak tengok dah kaki adik dia kena lenyek ke apa.. sabo je lah.. yang keretapi tu pulak adalah block ABC sebenarnya, tapi block kayu ABC tu pun dah sepah2.. nanti ibu belikan aqil basikal besar sikit ye :-) dah besar anak ibu ni tapi manja juga dengan ibu..

adik kecik pulak buat apa.. main basikal yang telah ditinggalkan aqil. ni aqil pegi kedai ngan ayah dia.. dapatlah dia godek2 basikal.. macam ni jelah dia mampu main.. hehe.. nak naik takut. hehe.. sayang sangat dengan aisyah (aqil pun sayang juga).. budak baik ni.. anje anje hangat ni.. huhu.. malam tadi berak tengah malam, aku pun tak sedar, tahu2 salin pampers dah kering dah bontot..
 
Okeylah.. tu je aktiviti di rumah.. tadi pagi hantar aisyah, dia sedih.. merajuk.. haha.. dah pandai merajuk kena tinggal. muka dah jebek2 dah kena tinggal.. sian adik. aqil pulak ok pagi ni. duk kira hari je nak cuti balik. hehe..dah lah kencing atas tilam, mujur tak banyak. dia bangun cakap ibu, aqil kencing dalam seluar. hmm... pegilah masuk toilet bila kena jerkah dengan ayah dia. huhu. dengan ayah takut budak2 ni..
 
sekian, laporan pagi ini :-) wassalam



2 comments:

nor_farihan said...

biase lah kak suma takut ngn ayah kan ? saye yg dah besar ni pun takut ngn ayah jugak hehe :P

~MommyAida~ said...

excited nya dua beradik ni main..kreatif!!bagus2..hihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails