Monday, April 15, 2013

Weekend at Petrosains KLCC

Assalamualaikum..

Salam hari Isnin. apa macam weekend lepas? okey tak? Aku sekeluarga berjalan2 ke KLCC. hari sabtu pegi Jusco aqil dah tuntut2 dah.. bila time nak balik, mulalah buat muka, meragam tak nak balik lah tu.. actually aku nak pegi KLCC nak betulkan jam hadiah birthday hari tu. baru beli dah kong.. ingatkan problem apa, rupanya bateri. hope tu jelah masalah nya, tak de masalah lain. JAdi sebab aqil dah melalak2 tak nak pegi KLCC,terpaksalah pegi Jusco. happy sangat dia dapat main.. mata dia dah merah2 dah sebab tak tidur dari pagi.. 

first time adik main kat sini :-) happy girl..

Next day, hari ahad, pegi KLCC pulak. disamping nak baiki jam, ada hajat lain. nak makan popcorn & durian creepe sebenarnya. hehe.. tapi tersesat pulak pegi petrosains, kak long ku kata best bawa budak2 kat situ.. tiket dia pun boleh tahan lah, RM 30 untuk family (2 adults & 2 kids) kitorang amik yang pakej. kalau ala carte, dewasa RM 15 with mykad, kanak2 pulak RM 3. bawah 3 tahun free..

Aqil mula2 seronok sangat dapat pegi sini.. Tapi bila kena naik telur yang macam helmet tu, masuk terowong, mulalah dia takut. haish anak aku ni tempat tinggi takut, tempat gelap takut. apa yang beraninya.. tapi memang gelap la terowong tu, aku pun takut.. hehe.. aisyah relax je.. Ok, jom tengok gambar. sepanjang dalam terowong tu, dia tunjuklah macam2 view contoh hutan rimba, view dalam air etc.. 

telur berupa helmet yang ditakuti aqil :-)

Q time.. ramai juga orang time ni.. pandaikan adik senyum :-)

okey, gambar adalah berterabur.. ni jelah tempat yang aisyah boleh lepak2. tu pun termenung apa nak buat dengan lego ni. siap masuk mulut nak makan :-)

ok, ni aqil suka.. tapi ayah dialah kena control.. tengok aisyah pun sibuk nak kacau..

ni aqil duk sibuk berebut nak main korek pasir. nak tunggu budak2 main punyalah lama, yelah diorang macam tak puas main sikit2.. nak main juga, kena tunggu.. 

  ni first entrance.. ok, aqil suka main..

 
 kena paksa posing celah ni :-) mata dah pandang ke lain.. 

 tengok benda lain juga. main je keje aqil ni. lompat sana sini..

aisyah.. bila nak jalan ni.. kalau dah boleh jalan, tak delah penat ibu dokong adik dalam petrosains ni. 

Okey, masuk petrosains ni memang penat sikit.. dalah dalam sejam lebih dalam tu.. sebenarnya lama lagi tapi kami tak explore habis pun. dah penat. bila time balik, aqil dah tak nak naik telur hitam tu. terpaksalah kami minta kebenaran keluar ikut laluan staff.. hee. spoil betul. tapi okey juga, cepat je sampai ke galeri petronas tu. hehe.. kami keluar dari situ dalam pukul 3. lapar. cepat2 cari makanan kat food court.. makan dengan lahapnya.. hehe.. bila tanya aqil best tak KLCC. dia kata " tak best, lagi best Jusco" hmm.. nampaknya black listlah klcc dari kaca mata aqil. hehe

okey, ni acara selingan. banyak coins kami bawa. aqil memang dah prepare nak naik all the rides dalam KLCC ni :-) dapatlah naik 3-4 rides.. perabih siling..

ni action je, cakap batman ni rosak, tak leh gerak. hehe

popcorn garrets, mix flavour. cheese tak best. macam lemau.. di samping itu, beli juga durian creepe.. bukan musim durian kan jadi susah sikit nak dapat, hanya di KLCC :-)

Okey, itu sajelah cerita weekend kami.. penat memang penat.. tapi layan anak2 kan. minggu sudah ayahnya demam tak leh jalan2. minggu ni pulun 2 hari bersuka ria :-) thank you ayah kepada anak2 ku bawa kami jalan2 :-) weekend akan datang, kuaratin duk kat rumah pulak :-)

Sekian, wassalam..

3 comments:

iduraz said...

cm best gak petrosains ni..tak pernah pi...hee...eh, durian crepe@klcc kt kedai mano?yg dekat2 toys us tu ek..

Suliana said...

dekat maybank besar dlm klcc @LG depan kedai gula2.. ada kiosk durian durian di situ :-)

mama ila said...

Wahh..seronok abang ngan adikk gi petrosains yer..adikk comel tau senyum =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails