Wednesday, April 10, 2013

kembali sihat

Assalamualaikum..
 
Hari ni dah masuk ofis.. En suami pun dah pegi ofis tapi belum sihat betul2.. kata pekerja cemerlang, haruslah pegi keje kannnn :-p al-maklumlah dah 2 hari tak masuk ofis.. Semalam, aku cuti, sempatlah aku mengemas bilik yang aku selalu lipat kain tu.. haa.. baru nampak cemerlang gemilang dan terbilang sikit :-) barulah rasa seronok nak lambak kain kat bilik tu lagi. hee.. tinggal lagi satu bilik yang masih belum dikemas.. kalau dah kemas tentu lagi sedap mata memandang.. lagi bersemangat aku lipat kain :-) letak carpet yang dah tak elok dalam bilik tu, letak rak seketul, barulah rasa tersusun sikit :-) tapi cik mek molek tu belum nampak lagi aku letak kain kat rak tu, kalau dia nampak, mahu kena punggah tu.. huhu.. redhai sahajalah..

Alkisah anakanda aqil.. suka sangat makan oren sunkist yang aku beli.. oren 4013 manis. sedap makan masa sejuk2.. ingat ye 4013 :-) tapi ikut musim jugak kot. dulu aku pernah juga beli limau ni, tapi masam.. aqil asyik nak makan limau je.. pastu kedekut pulak kalau adik nak makan tak boleh. dia je berapa biji dah. aisyah tak reti makan lagi, kulit limau dia makan lah. hehe.. jom tengok gambar budak2 ni makan limau. nampak sangat takut adik ngecek. hehe..

nyam nyam nyam..sedapnya aqil makan limau :-)
 
aii nampak benar kedeknya :-p. sian adik duk terintai-intai dari belakang. hehe.. adik tak molah, baik adik minum air masak ni :-p semalam kan aisyah tanpa disedari telah menapak sendiri 4-5 tapak, lepas tu dia terkejut, terus nangis. haha.. pemalas jalan budak ni.
 
Alhamdulillah.. harap2 semua orang2 kesayangan ku sihat2 sentiasa..owh ayah mertua pun alhamdulillah dah boleh keluar wad semalam.. lega sangat. semoga dipanjangkan umur ayah mertua ku. dah 71 tahun umurnya.. kencing manis yang kuat.. masuk hospital sebab tiba2 kejang di rumah.. cuaklah mak mertua aku. mujur ada jiran yang pernah ada pengalaman situasi macam ni kasi minum air gula pekat, tunggu ambulan datang tambah lagi 5 botol air gula, barulah sedar. terus masuk spital..
 
 
Okeylah itu je nak share. now aku pulak yang rasa macam nak migrain.. urat mata dan gusi aku dah berdenyut2 ni.. padahal tak sakit gigi pun.. hmm.. mahu 3 hari terasa sakit kepala ni.. wassalam. bye....
 


1 comment:

CPM Nadiah Azizan said...

babygap pyjamas murah untuk
anak anda
http://nadiahazizan.blogspot.co.uk/2013/04/babygap-pyjamas-sangat-murah-uolsss.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails