Tuesday, April 9, 2013

dugaan.

Assalamualaikum. .

Selamat pagi. Hari ni aku terpaksa amik cuti kecemasan. Selalu anak2 yang demam. Tapi kali ni apak eh yang domam. Huhu.. Hari ni dah masuk hari kelima.. Tongsil bengkak dan hampir bernanah. Siksa benar aku tengok orang laki ni kalau sakit. Haishhh.. .adakah memang sakit benar atau tak tahan sakit? Hmm beranak lagi sakit tau :-P

Tak pelah tak pelah. Kita kasi chance la.. Kasi muka ok. Anak2 totally aku jagalah. Nak makan tak leh minyak2, pedas etc. Nak makan pun tak boleh. Tekak sakit. Susah nak telan.. Terpaksa makan sebab nanti nak makan ubat camana kan..

Hasben aku ni kalau demam tak baik2, dia akan pegi dua klinik. Dua ok!! Klinik swasta dulu kalau tak baik lagi pegi pulak klinik kerajaan atau hospital untuk amik darah.. Haa.. Ko mampu? Hehe.. Jangan marah noooo.. Gitulah kaum adam ni.. Sabar..tapi agaknya memang tak tahan dah kot. Hmmm...

Semalam aku pegi lah keje. Hasben aku pegi kk terus dapat mc.. Dapat pulak call dari adik ipar katanya ayah mertua masuk hospital. Hampir kena strok sebab gula rendah.. Ayah mertua memang ada diabetes. Mujurlah jiran kasi minum air gula dan urut2 kaki baru sedar.. Hmm berdebar betul. Terus naik ambulan gi spital seremban.

Tu yang aku pun cuti sekali hari ni nak bawa hasben tengok ayah dia. Hari ni pun habsen melepet lagi badan panas tapi bengkak tonsil dah kurang katanya.. Pegi kk tangling tu siap2 dah isi klinik berhenti merokok. Haa.. Dengar sini orang kampung. Katanya NAK BERHENTI MEROKOK!!! Ni dah kali ke berapa cakap nak benti ni. Siap dah beli ubat berhenti tapi xpakai2 lagi.. Nak tunggu sakit baru nak insaf.. Hmmm... Harap2 harapan jadi kenyataan..

Oklah.. Nanti kita sembang2 lagi. Anak2 xde ni.. Boleh rehat2 :-P bye  wassalam..

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Eh samalah kan..Kalau suami kita sakit pun kita confuse tau, sakit betul ke atau sakit biasa2 je..Maklumlah kita dah rasa sakit beranak tu memang sakit sangat kan..Pastu cik abang kita pun kalau sakit g dua klinik tau, tak puas hati kalau g satu klinik je, haihh macam2..harap hubby awak cepat sembuh yea.

ejaMaria said...

ok... kalau tonsil bengkak ni... apa lagi... makan aiskrim sundae vanila McD la ubatnya... :)

Allene said...

orang laki memang. Kalau sakit sedih sangat tgknya... ihihihhi... tak pe la. Isteri perlu la jaga masa dia sakit... =)

umi faris said...

eh sama lah kite kak sue, org laki kalo sakit, mcm tu kot hehehe..satu lagi, husben fiza pn merokok, ble ntah ni nak berenti,,da puas nasihat ehhehee

~MommyAida~ said...

hihihi..samalah dengan hasben aida jugak..kalo sakit..adoii mengalahkan budak kecik..kdg2 tak larat nak layan..tapi kesian pulak kalo tak layan..huhuhu..so semoga sue tabah n semoga hasben su cepat2 sihat ye..

Ietams said...

kali incik somi sakit kita jadi musykil aje kan.
ragam dia pon melebih dari bebudak sakit.
layan kan aje la kite ni kannn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails