Friday, April 5, 2013

delete gambar dari google search

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Alhamdulillah, hari ni makan pagi dan tengahari ditaja. cewah, ditajalah sangat.. ada perasmian library baru di pejabat. include makan pagi, mihun dan telur goreng. lepas tu, mesyuarat agung kelab pulak. ada makan tengahari, nasi ayam. hehe.. syukur..kenyang.. so tengahari ni, tak tahu nak kemana. may be merayap sekitar sini je :-) dan hari ni tiba2 pulak mendapat jawatan baru iaitu pemeriksa kira2 kelab. cis sungguh sape yang calonkan tu. huhu.. tak pelah, bila dah bagi amanat, kenalah laksanakan dengan baik, betul tak.. :-)

menu hari ni. kenyang dah. alhamdulillah

Semalam, ada benda yang merisaukan.. kawan ofis ni duk google image dalam tenet. google lah nama. tup2 keluarlah image tu.. sebagai seorang blogger, of course lah kalau search nama aku memang banyaklah gambar yang melibatkan nama aku.. tiba2 boleh pulak terselit gambar yang tidak ditapis. aku pun hairan juga camana gambar yang ditapis tu boleh keluar dalam google search.. pastu terfikir, agaknya dia sync dengan smart phone ke apa kan..

Risau juga.. nak buat kat opis, tapi kat opis ni memanjang kena blocked bila kita nak delete gambar tu. so semalam, sebelum tidur itulah kerja aku nak ubah setting. Aku tak pasti samada gambar tu dia sync dari smart phone or dari picasa. Aku ada download picasa, memang kat situ pun aku edit2 gambar semua.. so, semalam aku telah berjaya hide all those picture dari pandangan umum.. kena cari punca gambar tersebut, so aku punya dari picasaweb, just ubah setting kat situ lah..  kawan aku ada bagi satu link kalau kita nak padam gambar dari google search. try link ni.. http://productforums.google.com/forum/#!topic/webmasters/tgR0qswz8dE. tapi bagi masa dalam 24 jam untuk dia padam. nampak gaya gambar yang tidak diingini tu telah tak de dalam google search. yes..

lepas ni kena lebih berhati2.. aku pun dalam proses nak membuang gambar yang tak elok (in terms of aurat)  dalam blog aku ni. lepas ni, kalau tengok entry2 lama kalau ada lompong2, harap maaf ye. biarlah ia disimpan untuk tatapan peribadi sahaja :-)

Sekian, terima kasih.

Wassalam. 

18 comments:

Ziana Wanita said...

alamak. bahaya juga hp ni ek. sendiri jer syncronize huhu

pakli said...

Alhamdulillah ilang pun gambaq tu ek.

mama maman aka yana said...

wah.. mmg teringin sgt nak deleted sebab rasa cam unsecured kann.. tq for sharing.. nak cuba buat nih.. :)

Suliana said...

tu lah, kdg kita tak perasan, main tekan je.. klu gbr elok2 tak pe nana..

Suliana said...

tq pakli for your help:-)

Suliana said...

nak delete pun kena tgk juga, takut pic dlm blog terus hilang.

umi faris said...

mcm mn tu kak sue? gmbr ape yg kuar after google search? tu lah..fiza risau hg ni.....

Suliana said...

Gmbr dr picasa rasanya. Akak mmg smpn dlm tu, transfer.. Gmbr free hair kt rmh pun kuar kt google. Tkejut mak :-) now dh xde..

Taste Of Tapah said...

alhamdulillah

Ruqaiyah Amanina said...

i need your help. please buat tuto. sy still xphm la.. aritu da try buat tp xmenjdi :(

Suliana said...

insyaAllah saya cuba.. saya kena study dulu ni klu nak buat tuto. hehe..

Zama said...

Nak tanya macam mana nak buat tak berapa faham? kalau dah remove gambar2 tu pergi kemana? kalau gambar sendiri ada dalam blogger tapi dipapar didalam google boleh guna cara ni tak? sorry tanya banyak..

Zama said...

Nak tanya macam mana nak buat tak berapa faham, kalau gmbar2 tu dah padam pergi kemana?
kalau gambar sendiri ada didalam blogger tpi dipapar dalam google boleh guna cara ni tak? sorry tanya banyak

Suliana said...

hi, lepas remove gambar tu hilang terus lah dari google.. klu ada dalam blogger blh juga guna cara ni tapi kita kena juga padam punca gambar tu dari mana.. contoh klu dalam blogspot, kena padam dlm blogspot then baru hilang dari google search engine. harap dapat membantu

Zama said...

tapi ada orang tukar passwork blogsport tu. jadi saya sudah tidak tahu apa kena buat

NAZIRA Zulkifli said...

Ada buat blog. Blog tu dh delete dah. Tpi gamba at google image ada lagi. Macam mana nk delete? Taktau nk buat camne. Hehe

cik hani said...

singgah sini.. sebab cari cara nak hilangkan gambar dari google search.

sebab saya dah delete gambar tu dari dalam blog and google drive, tapi still ada dalam google bila search.

PiranhaBesi said...

MACAM MANA NAK HIDE PICTURE YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails