Tuesday, April 2, 2013

bila ibu nak exercise..

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas.. Kejadian, selepas pukul 8. Si ibu gigih nak bersenam. Masa tu dah nak pegi makan kat luar. nak makan ikan siakap stim halia katanya :-p Tapi, sebab upset dengan health check di siang hari, aku pun mulalah berjalan di atas tread mill sementara menunggu en suami solat dan bersiap.. Biasalah, anak kan, mana boleh tengok ibu pakai seluar jeans dan pakai tudung.. pantang nampak terus nak berdokong, takut kena tinggal.. 

Perlahan-lahan dia merangkak ke arah ibu yang gigih berjalan atas tread mill. kenapa berjalan ye? hehe.. yolah, makcik baru nak mula exercise. kenalah berjalan dulu.. tu pun bila turun dari tread mill tu rasa terhuyung hayang.. berjalanlah kita slow.. mula2 tu si ibu dah nampak anak kecil nya main2 di birai tread mill.. hulur2 jari, ok, tak pe, biarkan.. mungkin dia nak rasa alas getah treadmill tu bergerak2.. so, biar sambil mata memerhati..


Then, anak kecil main di belakang ibu.. rupanya main hulur tangan dalam lubang alas getah treadmill tu.. adoyai.. meraunglah apa lagi.. jari telunjuk dia dah tersagat.. sabo jelah.. aku ingatkan jari dia bengkak. rupanya, tengok belah dalam, perut jari telunjuk tu dah tertanggal kulit.. merah.. sian anak ibu ni.. tu lah, sape suruh main jolok2.. Lama jugak nak memujuk tu. bila pegang sudu, nangis. pegang apa pun nangis. sakit katakan.. hmm.. yelah, salah ibu. huhu. sekarang dah kering luka tu. bila sapu ubat, pandai betul dia lap balik.. 

 
Aku baru nak jejak kaki main2 senam2 ni. dah macam ni gayanya.. huhu.. apalah budak2 ni. semalam, nak exercise berjalan juga, si abang pulak minta main badminton. hoih, tak senang hidup, macam ni nak jaga badan ni.. ayahnya tengah jaga perut ketika tu, sedang makan :-p dapatlah ibu berjalan laju dalam 1.1 kilometer.. hehe. itu jelah untuk mula2.. itu pun sebab adik kecil nak nenen.. hee.. amiklah ko ibu tengah peluh2 sila lah nenen. ada perasa tambahan kah. hehe.. aku ni jenis tak berapa nak peluh memercik sangat. baru 15 minit semalam tu just peluh sikit2 je. hehe. memang dari sekolah macam tu. orang lain beria peluh basah2 baju kalau merentas desa, aku peluh sejuk2 badan macam tu je lah :-p


budak comot demam semalam. may be berjangkit di rumah pengasuh


budak comot pakai baju abang nak makan sendiri. ntap berapa butir nasilah yang masuk tu..

Ha.. gitu je lah cerita budak tecit yang malas jalan ni.. grr.. mak tensi okeh tunggu ekau bila nak lepas tangan ni.. harap2 demam kali ni, aisyah berani2 kanlah diri lepas tangan and make your 10 steps. cewah. over nak 10 step. nak dapat 3-4 langkah pun payah.. kalau kita paksa dia jalan, dia kata "nanak", memang tak delah jawabnya.. melainkan dia sendiri make a move.. ok.. chaiyok adik...wassalam..


3 comments:

~MommyAida~ said...

alololo kesiannya tangan adk luka..Aqil aida pon penah cuba2 main kt tread mill tu.. sekali..terjatuh kebelakang abis luka kat bahu..teruk jugak..bahaya kan tread mill klo kita xtgk btul2..hihihi

Suliana said...

la ye ke.. teruk tu klu dah smpi tercedera mcm tu. huhu..

ejaMaria said...

hehehe... luqman akak pun ada history sagat jari dalam treadmill... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails