Thursday, April 11, 2013

aisyah's breastfeeding journey

Assalamualaikum..

hee.. asal hari kamis je mengantuk :-p sedap tidur semalam, sejukkk je.. dah hujan, aircond lagi, kipas lagi. actually aku tahan sangat kipas, nanti bangun pagi sure hidung aku meleleh2.. kipas semalam pun aqil dah hala kat dia sorang, dia kata tak kena angin.. haish.. dah aircond lagi mahu angin ke. pastu tengah malam tidur menonggeng cari selimut. aisyah pun tak suka sangat selimut. bukan tak suka sangat, memang tak nak selimut. kalau ada selimut, cepat je dia berbunyi. tak reti sejuk ke diorang ni padahal badan masing2 aku rasa dah sejuk dah. huhu.. semalam kan hujan lebat kan. aku keluar ofis pukul 5 lebih, masa tu belum lebat lagi.. bila sampai rumah je, lebatnya masya-Allah. aku amik aisyah pun pukul 7 gitu.. risau juga hujan lebat ribut petir gitu kan. aku duk tengok bumbung rumah aku je takut bocor :-p alhamdulillah, tarak bocor. selalu kalau bocor bila angin bawa hujan masuk ke celah2 flat2 roof tu yang menyebabkan air bertakung, bila floor trap tersumbat dengan pasir2 kecil. gitu...


Ada kawan bertanya.. aku jarang cerita pasal breastfeed journey bersama aisyah kan. hehe.. bukan malas nak cerita, tapi dah banyak cerita time aqil dulu. jadi lebih kurang sama jelah. cuma aisyah tak berapa kuat susu sangat. pompuan kan.. setakat ni, alhamdulillah setahun 4 bulan aisyah masih breasfeed lagi.. dan aku masih bekalkan susu perahan kepadanya sebanyak 4 botol setiap hari.. 5oz paling banyak dalam sebotol tu. tapi pengasuh aisyah cakap tak payah letak sampai penuh, dalam 3oz - 4oz dah cukup untuk semek ni.. sebab nanti dia minum tak habis, sayang kalau dibuang.. ha.. senang keje ibu. kuikuikui.. stok susu perahan pun masih ada. dari bulan Jan sampai april ni. may be tak sampai 30 botol kot.. masa aqil dulu, stok susu beku ni habis sebab aku pegi induksi 2 minggu. terputus bekalan aqil dan kena top up dengan formula milk.. 

Jadi, seperti gambar di atas, aku telah bahagikan siap2 untuk aisyah. ni hasil perahan sesi pagi. FYI, aku perah susu 2 kali sehari je. pagi dan petang..so hasil pagi ni, dapatlah dalam 6oz. Alhamdulillah.. kalau dapat lebih pun ok, kalau dapat kurang tak pelah.. aisyah pun tak kuat susu. budak ni, susu tak kuat, makan pun pilih2.. hmm.. aku dah try milk shake shaklee.. untuk aqil, aku campur dalam susu dutch lady dia. ok je dia minum, siap cakap "ibu dah campur belum susu aqil".. hehe. untuk budak kecik aisyah ni, aku ada bekalkan pada pengasuh sikit, kot2 lah nak tambah dalam susu ibu tu kan.. haa.. dia tak nak minum!! cerdik betul. tak habis dia minum ok..

Now apa yang aku buat, aku sudukan satu sudu kecil milk shake mentah kat dia. tu pun macam nak terbelahak dia makan. kekeke. cepat2 dia minum air masak.. apalah adik ni.. seminggu dua ni aku lupa dah nak bagi. aku harap kat pengasuh je untuk bagi. tapi aku rasa macam dia tak bagi.. tak pelah, nanti ibu free dan teringat ibu bagi aisyah ye :-)

Ok, berbalik kepada breastfeeding journey aisyah tadi..aku masih menggunakan pam spectra 3 yang sama. dah 3 tahun dah pakai.. alhamdulillah.. masih boleh diharapkan.. cooler bag pun masih pakai cooler bag yang sama from mom's little one.. 4 tahun dah beg tu.. dah buruk sikit dalamnya. tapi okeylah, malas nak beli lain. sekarang ni banyak cooler bag yang cantik2 dan murah2 kan.. later lah. 

dari segi pemakanan pulak, aku tak delah amalkan apa2 makanan penggalak susu.. cuma aku ada amik vitamin EPO, vitamin C, minum susu. itu je. tapi itu pun kadang2 lupa makan :-) yang penting, air kena minum banyak, nasi kena makan, kena rajin pam. bergantunglah pada seseorang. ada orang pam banyak kali kat opis. tapi aku 2 kali je lah.. sekarang ni banyak produk penggalak susu, cuma serasi dengan tak je dengan badan kita. dah makan penggalak susu tu, kenalah rajin pam/direct feed barulah menjadi susu tu..

Ha. lagi satu aku dah stop dah makan pil perancang Noriday tu.. bukan apa, dah lama aku berhajat nak berhenti sebab tak peod2 pun dah setahun lebih ni.. selain dari BF may be hormon terganggu sebab makan pil kan. tak sengaja stop ok.. ikutkan nak amik lagi, tapi sebab selasa hari tu, aku EL, tak dapat pegi LPPKN nak amik ubat, so decide stop teruslah.. risau gak. kot2 lah sangkut ke apa kan. hee.. tapi time aqil dulu gap 5 bulan.. aku nak tunggu peod dulu baru fikir langkah seterusnya.. kalau tak peod sampai sudah, pandai2lah ye. aisyah pun belum jalan lagi. tiba2 dapat adik camano.. rezeki lah kan.. tiba2 nak pregnant balik, masih teringat kesakitan melahirkan aisyah.. ouch.. seriau mak :-)

Oklah, panjang pulak entry kali ni. bye.. wassalam..

6 comments:

maria firdz said...

Tahniah... Moga terus hingga 2 tahun...

Allene said...

meriahnya susu.... happy for u... hope can bf until 2 year...

Suliana said...

tq maria. hope so ;-)

Suliana said...

tq allene.. tak meriah pun, biasa2 je ;-)

umi faris said...

tu la, x pnh kak sue share mem ories bf aisyah hehehe :) all da best! chaiyok! :)

Suliana said...

hehe..ikut mood fiza :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails