Friday, March 15, 2013

sleepy

Assalamualaikum..
 
Salam hari Jumaat kawan2.. Esok cuti . hee.. itulah yang aqil selalu ucapkan lately.. asal balik sekolah je, esok cutikan ibu.. kalau kita cakap tak, kena sekolah, terus berubah mood dia. itulah yang terjadi setiap pagi, termasuk lah pagi ni. elok2 bangun ceria, tiba2 kita cakap kena pegi sekolah, terus buat drama.. haish, dah macam2 pujuk cakap nak belikan jam, nak cari duit nak pegi jusco untuk aqil main2, semua tak jalan. korang ada idea tak nak buat camana?  Bila tanya kat cikgu taska dia, cikgu kata ok, tak de gaduh dengan sape2 pun.. kalau nangis pagi tu pun sekejap je.. hmm.. cikgu dia pun perasan yang dia nangis2 selepas dia demam balik dari cuti langkawi.. 
 
ni ibu :-)

Aku pulak, agak sleepy hari ni. tapi lepas makan, terus cergas. hehe.. aku baru start minum susu balik, setiap pagi dan sebelum tidur :-) minum Anlene untuk 19-50 tahun tu.. selepas bersalin aisyah, aku pernahlah beli sebungkus, minum juga, tapi kejap je, lepas tu tak gerak2 dah susu tu. last2 lama sangat, aku pun buang :-D  aku bukanlah seorang yang culas susu, ok je minum susu ni, cuma malas nak bancuh je. setiap kali minum, 4 sudu besar, boleh buat either hot or cold :-) oklah, boleh tahan.. tak manis sangat.. Tujuan minum, of course lah untuk calcium kan. dah 31 tahun pun, breasfeed pulak tu. kang tak sampai umur, gigi semua dah tanggal.. lutut pun dah longgar. eh tapikan aku memang perasan setiap kali kalau aku minum susu ni, mesti macam kentut2 busuk. hehe.. nape eh..
 
ni ayah :-)
Tapikan, lately aku perasan aku cepat sakit lutut kalau turun naik tangga. haa.. takkanlah cepat sangat dah sakit lutut kan.. kalau turun naik banyak kali, mesti rasa macam menggigil je kaki. ke sebab jarang exercise. huhu.. tu yang kena rajin2 minum susu tu.. tapi lutut aku ni pun memang jenis bunyi2 sejak dari dulu lagi. macam berketak2 la kalau kita nak sujud ke kan. tapi tak delah bunyi berderap cam tu.. bunyi sekali "tek" pastu dah..
ni aqil

Dah cite lutut la pulak.. hehe.. tengahari ni kami akan meraikan majlis perpisahan bos 52 kami..hoyeah.. eh suka pulak dia. suka sebab dapat makan. buat collection sorang sikit, sesekali belanja. bukan semua makan2 kat opis ni free ye. semua bayar tau. share share gitu..
ni aisyah humairah.. dia sorang je ceria.. :-)
 
Ok dah tu je.. later will update again. cite langkawi tu kang perap lama2 macam tak best kan. dia mesti cerita one shot terusmenerus, barulah feel.. ni dah hampir 3 minggu tak habis2 lagi cerita, jadi macam pemalas nak sambung pun ada jugak. hehe. tapi tak pe, semua kenangan terindah tu akan kutulis juga dalam blog kesayangan ni.. cuma lambat atau cepat je..
 
Sekian, terima kasih
p/s: kredit pic from google..
 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails