Monday, March 4, 2013

sambung cuti

Assalamualaikum..

Tak berjaya hari ni nak pegi kerja. terpaksa EL sebab subuh tadi aku rasa aqil panas sangat. ke aku yang sejuk sangat. huhu.. yang dirisaukan bukan apa, dia macam meracau2.. aku pulak yang takut. so aku decide cuti je lah hari ni. kang apa2 jadi aku jugak yang tak tenang hati ni. Aisyah aku hantar rumah pengasuh. dia demam sikit, dedar. kasi ubat pagi tadi, habis dia muntah semula. sabar je lah..pas kat pengasuh je lah kasi makan ubat. Yang aqil ni aku syak dia macam terperanjat lah. dia tidur tapi asyik sebut "nak balik rumah ibu". perkataan tu keluar masa dia kat cable car lagi. dia gayat. pastu masa nak naik kapal terbang. risau juga aku takut kena sampuk ke apa kan. kita tengok dulu hari ni macamana.. nampak macam ok.. suhu badan pun paling tinggi 37 degree.. kalau tak, asyik 38++ je, dah masuk ubat pun tak mo turun.. may be esok dah ok kot. cuma on ubat je lah..

sup ayam untuk budak demam. memang dia makan sup aje..
Sambal getuk untuk ibu :-) buat penambah selera. hehe.. sambal getuk ni juga ada orang panggil sambal gesek.. sedap.. lain dari yang lain. makanan orang jawa rasanya.. Aqil makan sup je. nasi tak nak makan sangat.. budak demam ni banyak karenah. sabar je lah. sikit2 nak telefon ayah nak suruh balik. huhu. pakailah telefon aku yang prepaid nak habis. lagi beban, ayah dia tinggal telefon kat rumah. masaklah dengar rengekannya.. sabar lagi..

surat cinta dari PDRM
ha, ini lagi satu aku angin. tak pernah2 dapat surat cinta PDRM, hari ni tercipta sejarah. banyak juga surat dapat hari ni, termasuklah surat kompaun ni. tensen betul. ni kena masa adik aku nak kawin pagi2 tu kami merentas KESAS Hiway.. hmm tak de rezeki. silalah en suami bayar ye. kawasan tu 90km je, tapi bawa 108km, lebih 19km.. kalau bayar cepat, hanya rm150.. kalau lambat2, kena RM300.. gitu.. baik aku bawa pegi soping RM 150 tu kan. tapi kalau dah nak kena, nak buat camana. anggaplah sebagai kifarah dosa.. tak de rezeki.. kan..

Okeylah.. tu je nak share.. eh dah masuk bulan 3 kan. welcome mac bye bye february yang penuh dengan memori indah :-) hope will get the sweetest memory next year.. insyaa Allah..

Bye. wassalam


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails