Monday, March 18, 2013

rezeki hari Isnin

Assalamualaikum..
 
Selamat hari Isnin kawan2.. hari ni memang rezeki aku :-) pagi2 dah dapat kek lapis dari Sarawak dari rakan blogger iaitu En Sahrom. terima kasih kepada beliau sudi menghadiahkan kek lapis dari sarawak beserta keychain.. dah selamat dah jamu kat kawan2 di ofis.. kalau korang yang duk dekat2 dengan en sahrom ni, mesti dia kasi jugak. hehe.. dan juga kepada downline tupperware (downline lah sangat, haha), dapat buah stoberi dari cameron highland.. yehaa.. alhamdulillah.. semoga korang murah rezeki selalu ye :-) aku je yang pegi langkawi lenggang kankung tak bawa balik apa2 pun khusus untuk korang..
 
kek lapis sarawak masam manis & stoberi
 
Ha, tu lah seronoknya berblog ni.. walau pun bukan lah blogger yang haibat sangat, sekadar suam2 kuku je pun.. budak2 opis ni pun ada gak yang baca blog aku ni.. katanya, apa yang aku cerita dalam blog, sama macam yang aku cerita depan2 diorang.. kuang kuang kuang.. jadinya korang ni dengar aku bercerita dua kali lah ye. haha.. tak pelah, mokcik memang suka cite2.. kadang tu aku pun konfius eh aku dah cerita ke belum ek.. kadang tu cite ulang2 sampaikan sebelum cerita intronya mesti "eh dah pernah cite tak" gituww... kurangkan bercakap banyakkan amal ibadah ye :-p
 
Kadang tu syok sendiri je tulis. dan aku pun suka juga baca previous entry aku.. keke.. pengalaman lepas2 kan.. pengalaman bercuti even percutian aku boleh dikira lah berapa tempatlah sangat aku pegi kan. aktiviti bersama keluarga.. tadi baca pasal percutian ke tioman. wah rindunya nak gi pulau2 lagi :-) baca sini kalau nak tahu cerita tioman ku :-)
 
Kena kumpul duitlah kalau nak berjalan2 lagi.. cerita langkawi pun tak habis lagi ni. hehe.. bulan 5 ni ayah dan mama nak pegi umrah bawa adik2 lelaki yang belum kawin yang 2 orang tu dan nenek sekali. haish untunglah muda2 dah ada orang bawa sampai ke sana.. pastu ayah plan nak gi bandung pulak.. aaaa.. macam best jek.. untunglah orang nak pencen ni berjalan je kan. yang nak mengikut ni jugaklah kena kumpul dia kalau nak ikut. hee..
 
Oklah tu jelah  nak cite hari ni...
 
Sekian, terima kasih
 
 




2 comments:

sahromnasrudin said...

alhamdulillah....dah sedawa ke belum..hihihihhh..mmg betul2 rezeki awak tau...:-)

Suliana said...

mekacih byk2 ye.. kang outstation belilah lagi. hehehe.. gurau je :-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails