Thursday, March 7, 2013

Review Awana Porto Malai Langkawi

Assalamualaikum...

Kali ni nak review berkenaan dengan hotel yang kami duduk. Semua pandangan adalah pendapat peribadi ye. Kenapa kami memilih hotel ini? Chewah, ayat standard budak darjah 6 pulak :-) Pada mulanya kami merancang untuk duduk di Federal Villa Langkawi di bawah Rumah Peranginan Kerajaan. dah dapat dah pun. Sekali tu last minit ayah cakap nak ikut.. Aku pun cari2 dalam tenet hotel mana yang murah. Nak tambah bilik kat rumah penginapan tu tak boleh, dah penuh.. 

So, google lah aku.. Sekali tu tengok booking.com ada buat promotion. Awana Porto Malai room type Garden View RM 374 untuk 3 hari 2 Malam including breakfast. haa.. macam tak percaya pulak. sebab setahu aku, hotel ni mahal.. Upss. FYI, hotel ni dah tukar nama Resort World Langkawi.. Genting dah take over kot.. Lepas tu, fikir punya fikir, hasben aku cakap nak jugak stay kat hotel tu.. Aku pun buat surat pembatalan kepada Rumah Peranginan tu dan kami pun book lah Awana. Tapi Seaview lah. Ha.. yang ni bukan pilih kasih, mentang2 orang tua garden view, orang muda pandang laut. kekekeke.. no no no.. untuk Garden view tu masa aku book only 1 left.. So terpaksalah aku amik sea view tu dengan harga RM 432 utnuk 2 malam.. hoyeah... Jom kita nikmati pemandangan indah berada di Awana Porto Malai..

sunset.. subhanallah. cantik sangat..

cantiknya pemandangan

pemandangan dari tepi laut. cafe..

pemandangan menuju ke lobi

ikan koi dibela sepanjang menuju ke lobi hotel. cantik sangat..
FYI, jika kita booking melalui booking.com ni, kita kena berurusan terus dengan ejen. Hotel takkan ambil tahu. Aku ada sedikit masalah bila mana pembayaran nak dibuat. bayar tru kad kredit kan. lagi seminggu tarikh bercuti, dia akan swipe kad. Yang aku punya bilik lepas lah, yang bilik ayah aku dua kali tak lepas dia kata kad kredit aku dah expired. hmm hampeh tul padahal lambat lagi pun nak expirednya. Jadi pihak hotel memang tak layan dan akan suruh kita refer pada ejen balik. tapi bila dah dua kali edit detail kad, alhamdulillah, lepas.. risau juga sebab tak pernah booking melalui ejen. dah lah datang dari jauh kan. silap2 tak dapat bilik.. sarapan pagi disediakan.. makanan dia sedap2 lah. biasalah makanan hotel kan.. aku ulang alik amik. heee.. 

sedang menikmati sarapan

makanan pagi. malu pulak nak beria amik gambar kat makanan. hehe


aku dan anak2.. 

mama, me dan anak2.. 

the best family pic setakat ni. huhu

my everything..
Seronoklah duduk sini.. Bukan apa, sebelum aku pegi tu, aku baca banyak review pelancong2 yang datang ke hotel ni.. diorang kata unmaintained la, toilet berkulat lah.. jadi, aku pun macam ala, pasrah je lah kalau dah dapat macam tu. review tu macam tak best lah. tapi, bila aku sampai kat lobi, aku macam wah.. cantiknya.. may be diorang dah renovate.. yelah time aku nak pegi ni ada LeTour De Langkawi dan bulan 3 nanti ada LIMA. ke aku yang terlalu muji sebab bukan selalu pun aku cuti2 di hotel ni :-p tapi honestly 4.5 star :-)

Untuk hari kedua, kami tidak membuang masa untuk bawa anak2 mandi kolam.. walau pun penat berjalan tapi tetap juga nak heret budak2 ni mandi kolam. Seronok lah, orang tak ramai.. kolam bersih. Puas aqil main slide tu.. Aku je tak masuk. tak bawa baju lebih dan malas nak berbasah-basahan.. Aisyah pun masuk sekali.. risau pulak aku kot dia terberak dalam kolam ke. hehe..

the pool . kat sinilah bilik tok ma :-)
aisyah first time main air..
happy aqil. tapi kat birai2 kolam je lah :-)
Ok, mari kita review bilik dia pulak. bilik hotel semua memang cantik. lebih2 lagi bila pandang laut.. Aku ada juga pegi bilik mama. Pun cantik juga. cuma bilik dia jauh sikit dari lobi. Macam tak jumpa2 biliknya. rupanya duduk jauh. Bilik aku pulak kat lobi tekan lif terus jumpa bilik. Jadi setiap kali kitorang nak kuar, kami akan pick up ayah kat bilik dia.. Tak payah diorang jalan jauh2..

sampai pun dah malam masa ni
the bed. Aku rapatkan katil tu. kalau tak mau bergolek budak2 ni..
seperti biasa budak2 ni suka main telefon.
tv. seperti biasa astro takde. vision four je. jadi, aqil boring tak de katun.
jamban. ok je bersih. ada bath tub juga.
Ayah aku tengok2 gambar dalam fon aku ni. sekali tu dia gelak, gambar jamban pun nak amik ke. hahaa. blogger la yah.. biasalah tu . hehe. gambar garden view boleh tengok kat website dia lah. aku amik lambat gambar bilik mama, so dah bersepah. tak cun.. hehe. Bilik ni ada aircond dan juga kipas. kalau tak tahan aircond, boleh pasang kipas je. malam2 sejuk sangat. tu yang aqil dan hasben aku demam tu kot.. 

Bila pagi aku suka amik gambar pemandangan sunrise and sunset.. cantik sangat ciptaan Allah.. Alhamdulillah.. Pada aku hotel ni best lah. Boleh datang lagi. tapi pada yang suka main air laut, kat sini tak dapek la ye. boleh tengok je bot berlabuh. tapi tak jauh dari Pantai Cenang.. boleh je nak gi main air situ.

Ok apa lagi ye aku nak cite pasal hotel ni.. tu je kot.. sekian, wassalam..

12 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Seronoknya, tak dapat jejak langkawi nengok gambar2 pun jadiklah, suka sangat. Kalau astro takde memang boring kan..

Eyriqazz said...

wahh,cantiknya....fuhh,nak kena kumpul duit ajak isteri try bercuti di sini semalam dua ni...

fiza arshad said...

awana portp malai ni one of my fav hotel dear.. rindu pula nk ke sana lg ble bace entry kak sue ni hehehe

*fiza senyum je bab yg ayah kak sue kate gmbr jamban pn nak amek hehehe, hubby fiza dah phm klo fiza amek gmbr tu, blogger la katekan hehe

Suliana said...

kita berangan nak pegi lagi. hehe

Suliana said...

cantik iman weih.. sila lah datang.. bawa duit lbh skit nak soping pinggan mangkuk coklat etc. hehe

Suliana said...

mengimbas detik honeymoon lah tu.. hehe..

Noraliza Ahmad said...

Salam ..tumpang tnya..I pun book thru booking.com. .& my cc pun dh dicaj sbb lg seminggu nk pergi..just nk reconfirm with u waktu check in tu just bring the confirmation email & tak perlu byr apa2kan..tq for sharing

Suliana said...

salam liza,
masa nak check in bawa printed emel tu then kena letak RM 100 as a deposit. nnti time check out dia pulang balik. nanti dia minta ic utk diorg fotostat. happy holiday ye :-)

Noraliza Ahmad said...

thanks Suliana for your prompt reply :)0

Nor Fazilah said...

As salam sis, may I know the room that you book you specify nak 2 twin sharing and its 2 queen bed is it?

I ingat nak ambil extra bed sebab my daughters are 14 & 10 years old. Rasa-rasanya kalau 2 queen bed tu tak payah extra bed la ye?

Suliana said...

wslm sis fazilah..

xde specify apa pun. just ckp kita ada 2 kids. muat kot.. xpyh extra bed. klu diorang tak gadoh la. hehe

Nor Fazilah said...

hahaha...holiday tak leh gaduh2 sis...alhamdulillah. terimakasih for your prompt reply :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails