Tuesday, March 19, 2013

Petua berdoa

Assalamualaikum...
 
Just nak share, amik dari fb ustaz Don.. Kadang bila kita memerlukan sesuatu dengan terdesak baru kita ingat Allah kan. barulah betul2 nak solat, nak doa betul2. kadang tu sambil lewa je.. astagfirullahala'zim... Moga diri ni akan di upgrade ke arah yang lebih baik. Ada juga terbaca dalam FB kalau kita nak didik anak, jangan marah dia, jangan suruh dia berubah, tapi ubahlah diri kita supaya ditingkatkan kesabaran dan kekuatan menempuh ujian Allah.. Anak2 itu ujian dari Allah.. dan setiap pagi aku diuji dengan karenah anak yang menangis tak nak ke taska.. Dan hari ini aqil tak berapa menangis sangat. Alhamdulillah.. 
 
Petua Untuk Berdoa
 
Doa-Doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.
 
Tanda-Tanda Doa Yang Makbul: 
a. Terasa sesuatu yang menakutkan.
b. Menangis tatkala berdoa.
c. Terasa menggeletar.
 
Cara Berdoa:
 
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa" 
2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka. 
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).
 








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails