Wednesday, March 20, 2013

mood baik

Assalamualaikum..
 
Selamat pagi Malaysia!!! :-) Alhamdulillah.. dapat bernafas lagi pada pagi ini, 20 Mac 2013.. Owh lupa lah, setiap kali 20hb bukankah ulang bulan aqil. hehe.. Anakanda tersayang tu alhamdulillah sangat dah improve aktiviti bangun pagi dia. 2 hari lepas lah..  dah tak sebut dah tak nak pergi sekolah.. lega.. tak delah lagi teriakan di pagi hari.. tapi pagi tadi ibu kasi markah kat aqil 90/100.. sebab aqil ada marah pagi tadi. lepas tu dah habis, dia terus je tengok upin ipin dan minum susu.. kalau aqil bangun tak marah2 dan tak nangis, ibu bagi aqil 100/100 baru boleh dapat hadiah :-)
 
Semalam bila ditanya esok pegi sekolah tau. dia jawab ok.. cikgu kata jangan nangis, kalau nangis2 nanti masuk bilik baby. haa.. tahu pun tak nak kan.. pastu masa ambil dia balik dia cakap "ibu, aqil minta maaf. ibu marah aqil.. " drama king betullah anakku ini.. huhu. lepas tu mulalah ceramah ibu yang ntah dia faham ke tidak.. hehe. macam tulah anak2 ni.. ada mood dia baik, ada mood dia tak baik.. tu lah yang menguji kesabaran.. harap2 esok lusa berterusan lah akhlak yang baik ini anak2 ku..
 
Aisyah pulak.. cepat betul masa berlalu kan. lagi 10 hari masuk bulan April.. anak dara ni masih belum melangkah.. gigih berdiri tu adalah, tapi belum berani nak melangkah. hehe.. ruam lampin dia alhamdulillah dah berkurangan. Aku sapu hydrocote kat anu dia.. sapu nipis then sapu pulak nappy rash. nampak ada perubahanlah.. di tambah lagi pakai mamypoko.. kalau tak, risau sangat tengok anunya merah menyala... hmm gitulah cerita anak2 ku ini.. bilalah budak ni berjalan ni.. semalam masa amik, dia tunjuk penumbuk kat maid jiran depan. tu pengasuh dia lah ajar tu. sabo je lah.. sambil genggam jari, kalau nampak je maid tu, dia pun tunjuk tangan sambil cakap "mbuk mbuk" maid dia tu pun selalu kacau aisyah .. hehe.. comel je..
 
Yes, weekend ni kami nak balik kluang.. horeyy.. lama dah tak balik ni since adik kawin hari tu.. tu lah yang selalu duk janji dengan aqil kalau perangai baik, boleh balik rumah tok ma.. dan tu lah yang dia selalu ulang2. hehe..
 
Oklah.. time's up.. bye.. wassalam... 
 


1 comment:

dina syahmi said...

nice blog..very loving family..memang terase keindahannya bile baca post2 kt sini..:)
jom singgah blog sy pula..

http://mummydinashoppe.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails