Tuesday, March 26, 2013

Lawatan ke Johor Premium Outlet

Assalamualaikum..

Hi all!! semalam aku cuti. yahuu.. hehe. dah selamat dah cuti balik kampung kat kluang katanya.. balik ramai2 memang bestkan. ada je aktiviti atau idea nak gi mana2.. kali ni, aku telah menjoinkan diri ikut family pergi Johor Premium Outlet (JPO). dah asyik diorang je pegi, balik2 picture what's app, ai mamadan ayah ni tiap2 minggu ke pegi JPO. huhu. bukan, bawa orang pegi sana.. kami ni yang duk jauh ni tak pernah melancong di negeri sendiri. chewah.. melancong gitu.. yelah, tempat sendiri tak habis pusing lagi kan, sibuk nak gi tempat orang :-)

Jadi, ke JPO lah kita pada pagi sabtu tu dalam tengahari. walau pun belum gaji lagi, tak pe.. kugagahkan diri juga.. dalam hati dah list down barang apa nak beli. kahkahkah. yang tak de duit tu jangan risau, kad plastik ada.. kuikuikui.. jangan lupa bayar sudah.. kena bijak berbelanja okeh.. 

Sesampainya di JPO, adik aku yang biasa pegi, katanya tak ramai orang hari ni. tempat parking pun banyak. hmm.. sampai rambang mata nak park kat mana.. kami pegi satu kereta je, unser. berpadatlah dalam tu.. tak pe, sejam lebih sikit je dari Kluang ke Senai.. hehe. Apa2 pun, jom tengok gambar dulu :-)

smile before kopakkan duit :-) ni idea atoklah ni berpadat satu kereta.

sampai juga aku ke sini. my mum..
 
dak kecik ni tak bawa stroller.. camana nak kendong dia ni. huhu

yeay.. dah sewa stroller.. abang2 dia sume pakat nak naik stroller ni. hehe
Sewa stroller ni harga dia RM 30 je.. tapi kena letak deposit RM 100. so total kena kuar duit mula2 je dah RM 130.. tak pelah, lenguh juga dokong aisyah lama2 even baru 8kg. sewa je lah. atleast ada juga simpanan kita 100 kat situ kalau terover bajet. hehe. Di samping tu, boleh juga letak2 barang soping. Ku ingatkan stroller baby yang biasa tu, rupanya begini strollernya.. kalau new born baby memang tak boleh duduk.. aisyah suka sangat duduk dalam ni.. abang2 dia apatah lagi, berebut2 nak naik jugak. tapi sorang je boleh masuk.. ramai tak boleh ye. kereta warna hitam ni tak berapa comel.. ada juga warna lain like merah, hijau.. tapi banyak dah habis. tinggal hitam ni je.. 

tq mak long jagakan anak2. hehe..
Si Aqil, bila dah jumpa sepupu dia, kemain excited. ibu pun tak ingat. baguslah. pegilah kamu bermain di sana. dan untuk seketika aku tak tahu dah anak2 aku ikut sape.. ingatkan kat atok dia, rupanya mak long yang jaga anak2 ni.. sian mak long tak dapat cari barang. hehehe.. ni dorang main air pancut kat mana ntah. aku pun tak jumpa air pancut ni. macam berbasahan jugalah diorang main air ni. 

ha.. sibuk ibu soping.. At padini time ni..
For me, shopping kat sini best juga. harga dia boleh tahan juga. Contoh seluar Levi's harga asal 300 tapi dapat 150. ok lah kot eh untuk orang yang tak pernah berlevi's cam aku ni. hehe. nak rasa je sedap sangat ke suar ni. aku dapatlah sehelai seluar levi's tu. hasben tak dapat. sebab tak kenan.. hehe. mulanya aku cakap dengan mama, tak nak masuk lah, tak de apa nak beli. pastu mama cakap, eh masuk lah, ko nak duduk kat luar ni panas, masuk dalam dapat aircond. haha. nak aircond je rupanya. cuaca tengahari tu memang panas terik. berpeluh ketiak kalau tak masuk dalam butik2 tu.. sian kat anak2 pun ye juga. tapi anak2 yang behave macam aisyah ni, masih boleh dikasihankan. anak2 yang berlari2 berpeluh2 tu, tak pelah, ko duduk luar kedai je lah. huhu..

makan baskin robbin.
Masa ni aku dah dapat second item iaitu kasut clark. kehkehkeh. dah lama idamkan kat sogo, asik tengok je. tapi harga dia asyik 3ratus je tak koser nak beli. kat JPO jugaklah dapat beli. tapi satu jelah disadvantage dia, kasut dia tak delah latest design, apa yang ada, itu je lah.. kalau tak de saiz, sila cari kasut lain, melainkan kalau ko nak pakai kasut display tak pe.. mujur en hasben aku kali ni jumpa kasut yang dia suka dan ada saiz dan bukan display. hehe. sebab selalunya kasut yang dia suka last pair.. rezeki dia kali ni.. Dah penat meronda, tak tahu nak cari apa, lalu singgah ke baskin robbin.. owh anak2 berada dalam ini rupanya makan eskrem. aku pun tak pernah masuk baskin robbin.. ayah ku garu kepala, mahal katanya eskrem ni.. tak pelah yah, sekali sekala.. :-p hah, apa lagi, order order.. 

couple in red :-) aqil ntah gi mana ntah. my blouse from the poplook.com
muka bahagia dapat barang. kehkehkeh.. satu je tak cari, iaitu handbag.. aku tak lalu pun butik coach.. kalau lalu pun, retikah aku nak pakai beg coach.. mahal pulak tu.. kak long cakap, nak masuk kena beratur.. sama dengan bonia.. mujur tak lalu, kalau tak, mahu sangkut jugak nih.. beg raya katakan :-p

hasil rembatan di JPO. cadar angry bird sama rate dengan Sogo. RM 45 juga

kecah2 barang tengok kak long beli apa, aku beli. haha. pompuan betul.
ha.. gitulah ceritanya.. satu hari di JPO yang best. Kalau ada nak beli barang, mesti best. kalau tak beli, dapat penat je tau. nampak gaya macam nak dikembangkan lagi wing JPO ni, under construction wing belah sana.. kami balik dalam pukul 4 lebih macam tu.. on the way balik tu, nampak orang jual durian kat Sri Lalang, singgah beli. memang sedap duriannya. tapi gambar lupa nak snap.. 6 biji RM 80. bukan musim kan. tapi sebab sedap, tak pelah.. Lepas tu, singgah makan masakan panas bila dah sampai bandar. makan goreng2. aku makan nasi goreng Ujang (tiru menu kak long - padahal tak pernah tahu ada nama nasi goreng macam ni) hehe.. sampai rumah lebih kurang jam 8 malam.. 

Kalau korang yang bakal berkahwin, memang best soping kat sini.. next time kalau balik bercuti boleh singgah ke legoland :-) kalau ada rezeki lebih lah.. ok. sekian, wassalam..


8 comments:

~MommyAida~ said...

hihihi..aida pon baru balik dari JPO..best kan shopping kat situ..hihihi..kopak duit la yang penting..

MasReena said...

wahhh memang terbaekklah review akak... lama dah tunggu review tentang premium outlet johor ni. thanks kak!

PULAU dalam Wilayah Persekutuan? It's true! Click here.

Suliana said...

x terserempak pulak kita kan. hehe

Suliana said...

welcome mas..

ejaMaria said...

waaa... akak tak sampai lagi kat JPO nih... huhuhu... hajat ada... masa tak sampai lagi... ok... comfirm nak cari Levi's gak nnt kat sana klu dah murah... :)

Cik Nurul Siezuka said...

Nak kena pergi satu hari nanti nih.. Meriah jugak yer.. harga pun bagi Nurul x delah mahal sgt.. :)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


QA's ~ mamapapa said...

salam kenal..jmput follow kmbali :))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails