Tuesday, March 5, 2013

Langkawi Day 1

Assalamualaikum..

Mari dengar diriku nak bercerita. Ni aku kongsi pengalaman pertama kali bercuti bersama family menaiki pesawat Air Asia ke Langkawi. Semoga dapat dijadikan panduan untuk kawan2 yang mana akan bercuti bersama family. even memang ramai yang dah tulis pasal ni, tapi tak pe aku share jelah pengalamanku pulak ye.. Selamat membaca..

Day 1 ialah hari keberangkatan kami sekeluarga. Kami pergi ke LCCT menaiki teksi yang telah di booking. melalui online malaysian taxi.. Ada kawan2 yang bagi cadangan drive sendiri je ke lcct tu dengan hanya bayar RM 8/day or more. tu kalau nak save bajet lah kan. dan ada juga yang bagi cadangan supaya naik bas sahaja ke LCCT. tapi, fikir punya fikir, tak pelah, kita habis duit kat sini je lah sebab kami ramai 4 adult and 2 kids. barang2 pun banyak. nak mengangkut barang lagi, nak kelek anak2 lagi kan, plus ada stroller.. so we decide untuk naik teksi sahaja dari rumah. Tambang teksi ni boleh tengok kat website taxi tu. Aku dari Pandan Mewah, Zon 6 ke LCCT , kos pergi RM 125. Kos balik pulak malah sikit RM 170 sebab teksi biru tak boleh amik penumpang kat LCCT, so dia kena tukar kereta lain, caj lain lah. gitu.. kalau korang ada orang nak hantar dan amik, lagi senang kan. Jimat kos di situ..

teksi innova. driver En. Mohd Ronnie. Baik. Recommended
Tapi driver pun company teksi yang bagi. ikut rezeki masing2lah. Ok, perjalanan ke LCCT amik masa sejam jugalah. Flight kami pukul 3.30 petang. Pukul 12.15 driver sampai.. Aku punyalah bersemangat. anak2 semua dah siap2 dari pagi lagi. hehe..Cuaca pada hari tu agak mendung.. Risau memikirkan nasib di LCCT bila terkenangkan review orang pasal air asia punya service.. Bila dah sampai, aku kelam kabut juga. yelah first time kan. suami aku relaks je, orang dah biasa naik flight katanya. hehe.. Sampai2 dah pukul 1 lebih. Perkara yang paling utama adalah menghantar beg masuk ke kargo. ntah apa nama dia aku dah lupa dah. hee.. kami dah self check in kat opis lagi :-p Suasana kat air asia ni dah macam pudu dah. orang ramai, panas pulak tu.. biasalah, tambang murah kan. everyone can fly :-)

aqil sibuk nak rebut troli dengan ayah

nilah beg kami. total ni tak sampai 20kg ok..
aku amik pegi total 40kg. heee.. takut punya pasal..

beratur nak timbang beg. mujur orang tak ramai.. no problem here.. 

ketua rombongan dan ayah sebagai assistant. hehe
Selepas dah settle check in beg, kami pun dah kira selamat lah kan. hehe.. pergi pusing2 cari toilet lah, cari makanan lah.. belum sampai langkawi lagi, duit dah gerak dah.. beli bedak lah, lipstiklah.. ayah pulak beli topi air asia dan tshirt air asia.. salah satu kegemaran ayah ialah topi. Kami lunch di Taste of Asia. Nak makan berat sikit sebab breakfast pagi ringan2 je.. tapi sayangnya kat sini tak de tanda Halal dan mama pun tak nak makan. tapi bila ditanya budak pelayan tu dia kata halal JAKIM ada tapi tak tunjuk. boleh ke gitu.. hmm.. tapi sebab yakin kita masih di Malaysia dan tukang masak dia Melayu Islam dan pekerjanya pun melayu, then makan je lah.. kat sini je dah habis RM 50.++.. boleh lah.. mee je pun.. air tin RM 4 lebih. mahal.
noodle soup and porridge.

Nasi ayam and Kuew Teow Sup. Air share :-p

Dah habis makan, kami pusing2 dalam tu. sambil tunggu ayah beli barang.. aku pulak asik tengok jam je. eh tak pe ke tak masuk lagi ni. hee.. kecoh betul pompuan ni.. pening kepala laki i.. ok, bila time nak masuk, yeay alhamdulillah.. lepas semua. silalah ko duduk bertafakur kat balai berlepas tu ye.. tunggu punya tunggu, sekali tu flight is delay!!! hampa betul perasaan. Dalam hati ni cakap "betullah orang kata, tak guna tak guna air asia ni.." huhu..  hujan uols.. flight kami dari hatyai dan hujan lebat tak boleh turun. 2 jam delay ok. dari pukul 3.30 kepada 5.30 petang.. apa lagi, jom lah solat dulu.. Aqil dah mula boring, aisyah pun dah dipaksa tidur.. huhu.. Masuk surau, bawa si kenit ni sekali.. Puas dia main pusing2 golek dalam tu.. Surau yang selesa.. lepaklah kami dalam tu..



Tibalah masa yang ditunggu.. Bila Pramugari kata beratur, aku pun cepat2 lah berlari. kahkahkah. macam orang jakun. hasben aku kata "sabar sabar, tak gi mana pun flight tu, sume orang boleh masuk" kekeke.. first time uols :-)) hujan renyai2 lagi..

muka happy. dapat duk tepi sayap..

aqil pun happy..
yang kelakarnya, dia suka tengok kapal terbang.. setiap kali nampak, kami cakap aqil kapal terbang.. sampaikan dia dah jemu dah sampai dia kata macam ni "yelah, aqil tahulah tu kapal terbang" hehe. Bila dah masuk dalam flight, beria dia cakap aqil nak duduk macam bear (kartun Bernard Bear youtube naik flight). Pramugari lalu bawa snacks, amboi sedap je order.. air kotak dan kitkat tu RM 10 tau..nak tiru bear makan atas meja tu..
happy boy

subhanallah..
  Dah lama taknaik plane kan, jadiaku kecut perut.. aqil pun sama. yang mula2 beria happy tu kan, mulalah peluk ibu.. takut. huhu.. dahlah langgar awan bergegar2, takut.. tapi kejap je, pastu okey dah. aisyah aku paksa nenen. hehe.. Alhamdulillah, tak sempat tidur, orang jakun lah katakan.. duk snap gambar awan je.. sampai di Langkawi Airport jam 6.30 petang.. Yeay, sampai sudah.. ok, wil be continue..


8 comments:

Ziana Wanita said...

Haha.. lawakla kak su. Saya selalu naik bas je kalu g LCCT. Anak sorang bolehla kot. Tapi kalu anak 2 org mcm payah gak nk naik bas kan.

Syahada Ahmad said...

Hehehe. ibu aqeel dan aisyah yang comel. ;-)

Syahada Ahmad said...

hehehe. ibu aqeel dan aisyah yang comel.;-)

Suliana said...

tul tu nana.. nak kelek anak lagi, beg lagi. hehe.. yg tukang angkat beg sorg je nnti :-p

Suliana said...

tq sya puji dua kali. hehehe

ejaMaria said...

hehehe... bagasi pegi tak yah beli banyak... bagasi balik yg kena beli 40kg... karang cekelat... corelle... :)

fiza arshad said...

hehehe tau xpe, fiza phm ke excited kak sue, sbb fiza pn dah neves lame dah tak naik flite, dlu selalu naik sbb mase g meeting kl, mase tu duk site udm hehehe.and g honeymun naik flite hehehe. oh rindu pula nk jln2 naik flite hehehe

Has Liana said...

salam kepada sesiapa yg ingin ke Langkawi cuti nie.. sy ada homestay btoi2 tgh pekan kuah.. 3 bilik full aircond,, pantry.. ruang tamu.. semalam hanya rm250.. 2 mlm ke atas hanya rm210.. keistimewaan homestay ini adalah hanya berada dpan bangunan haji ismail groupp.. so leh jalan kaki jew utk shopping.. dekat dengan uptown utk anda cuci2 mata mlm2 tgk beli mkanan n pkaian.. kalau dtg hari rabu n sabtu berdakatan psar mlm.. kedai mkan hanya bersebelahan sahaja!!! selain itu dekat dgn bank islam maybank cimb bank ~yang menariknya ialah anda akan mendapat include sekali pakej mangrove hanya rm180 sahaja satu bot yg anda xkan dpt kt mna2.. krn depa akn bg rm250... ~island hopping plak hnya rm230 satu bot !!!! mesej atau kol trus na untuk penempahan 0134569984

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails