Wednesday, March 6, 2013

Langkawi Day 1 - sambungan

Assalamualaikum..
 
kita tinggalkan emosi pagi tadi. Sambung balik cerita day 1 di Langkawi. Alhamdulillah plane selamat sampai ke destinasi dengan jayanya. yeay dah sampai!!cepat2 turun!! hehe..  Masa nak turun perkara yang dirisaukan adalah stroller. tadi masa nak pegi hujan, stroller tinggal kat tepi laluan tu je tapi takut pramugari tak nampak. then tiba kat bawah, stroller tak de.. apa dah jadi. rupanya dia dah angkat stroller masuk conveyer beg sekali. oklah macam tu. kalau tak de, mau aku ngamuk2 kat situ.. Ok jom tengok gambar kegembiraan kami :-)
 
happy face

happiest face. hehe

sedang tunggu beg
Tempat tunggu beg kat airpot langkawi ni senang je. kecik je, so tak payah risau. kita hanya perlu kenal pasti beg kita yang mana satu. bila beg tu kuar je cepat2 ambil. hehe

mama and the begs :-)
Ok, setibanya di sana, perkara paling utama adalah call tuan kereta sewa.. Kereta sewa ni aku search je kat google baca review orang. so berkenanlah dengan satu cadangan blogger ni. lupalah link dia.. kalau korang nak pegi langkawi, boleh call En Sham ni 012-4440109. Kereta sewa yang ditawarkan boleh dikatakan kategori murah.. Aku pegi 3 hari 2 malam, tapi dia caj aku 48 jam means 2 hari jelah. En hasben decide amik innova.. tapi bila sampai, innova yang ditunggu tak tiba2.. jadi dia kasi Serena.. Oklah boleh lah. bukan kereta kita pun kan. belasah je.. Seronok punggah barang dalam ni. hehe.. sehari RM 120. bayar deposit RM 50, then bila sampai dia pegang deposit kita RM 50 lagi.. masa amik kereta tu, kena bayar habis.. masa balik baru dia pulang RM 50 lagi..
 
kereta sewa kami
Perkara utama selepas dapat kereta tentulah pegi isi minyak. Ingat dia nak kasi free ke minyak tu. baru start kereta dan blink2 lampu minyak. tapi jangan risau sesen minyak dekat je.. isilah penuh2. kami isi RM 50 je.. Then destinasi seterusnya adalah mencari hotel. Aku pun tak tahu sebenarnya kat mana. tapi kita minta tolong en garmin lah. mujur betul.. Yeay, tq again mr garmin. Lalulah pantai cenang sume tu. dah itu je pun laluannya kan.. Memang lain benar langkawi dulu dan sekarang. aku pegi masa tahun 2002 kalau tak silap, 2004 pegi dengan ofis praktikal dan tahun selepas tu pergi lagi dengan budak kelas degree.. haa. tapi naik feri lah kan. Aku cuba imbas kembali kat mana Motel yang kami duduk tu tapi tak dapat dikesan. sungguh dah berubah. Bila malam, nampak hidup kawasan cenang tu dengan restoran dan Bar. Hmm what to say. kawasan pelancongan. Minah2 saleh selamba je ber two pisces di tengah2 jalan..
 
the hotel
 
Ok, later will update about the hotel ye.. :-) tunggu... wassalam



3 comments:

Cik Puan Rara said...

heee best nya g langkawiiii!

Nurulhuda Abdul Latip said...

Wah seronoknya ke Langkawi..Saya pergi tahun 2006 entah bila boleh pergi lagi ni..

Suliana said...

seronok seronok seronok :-) nak dtg lagi :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails