Wednesday, March 27, 2013

cuti yang diingati

Assalamualaikum..
 
Baru balik kelas mengaji.. separuh masa ok, segar, separuh masa lagi, mata ni dah kuyu dah.. ngantuk betul.. huhu. mesti syaitan2 sedang bertenggek atas kelopak mata kan. berat sungguh mata ku. tapi bila ustaz kata berhenti sampai sini saje, terus segar pulak.. huhu. apa nak jadi anak murid ni..
 
Sambungan dari aktiviti balik kampung minggu lepas. ada pulak versi bersambung eh. hehe. gasaklah.. janji ada up entry kan. hehe.. aktiviti anak2 dan anak2 saudaraku tentu2 lah mandi kolam.. sejak dah sampai rumah tokma, terus minta kolam kolam kolam. itu jelah yang duk disebut2 nya.. ghimeh mendengonya.... layankan. berbaloi juga aqil dapat hadiah kolam renang yang super besar ni. tinggal rumah tok ma je, kalau tinggal rumah sendiri, tak syok lah aqil main sorang2.. hehe.. aisyah pun dah masuk dalam kolam ni. first time :-) ulang2 jugak diorang mandi kolam  ahad main, isnin sebelum balik pun main..
 
ha. berbaloi tak. orang tua pun boleh masuk. berpadat macam sardin dlm tu:-)

aktiviti karaoke lagu masing2 syok sendiri. hehe
 
anak buah yang paling comel dan gebus.. amil affan..
 
macam nilah aksi mereka bila posing.. ultraman manjang..
aksi anak dara menggeletis..
Dan, gambar2 di bawah adalah gambar setelah mereka tiba di rumah masing2. hehe.. punggah2 beg, sekali tu terjumpa kuntuman bunga hiasan yang telah dicabut dari pasu rumah tok ma.. haa.. sian tokma, baru nak lawa2 hias bunga dah kena tarik dengan cucu2..
 
gadis dan bunga :-)
Aktiviti aqil yang terbaru adalah main badminton. ni tokmalah yang ajar ni.. belikan raket kecik untuk diorang.. kalau kat kluang, tokmalah yang rajin melayan cucu2nya main. bila dah balik sini, ibu bapa mereka tak berapa gemar nak main badminton ni. pastu, bila dah main sikit, tak nak berhenti. hoih, letih betul.. tapi main kejap2 je la, layan anak, kalau tak merajuk macam gambar kat bawah :-p

merajuk ni ibu & ayah tak nak main, taklarat dah. hehe

last2 dia main sorang. lawan dengan dinding.

Gitulah ceritanya anak2 ku.. alhamdulillah mood aqil sejak balik dari Kluang ok sangat.. bangun pagi pun dah tak nangis. asyik kira hari je, nak pegi rumah tok ma lagi.huhu. matilah nak create alasan apa nak amik hati mamat ni sorang ni. Aisyah pulak, lately dah gigih nak menapak. tapi, dia menapak hanya atas tilam lembut atau atas katil. pandai anak ibu ni pilih tempat ye. haha.. takut sangat jatuh dan takut sakit ye..
 
ok. dah tu je nak share :-)

1 comment:

Nurulhuda Abdul Latip said...

aisyah dah setahun ke? Belum jalan lagi eh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails