Thursday, March 21, 2013

Cable Car Langkawi

 Assalamualaikum..

Sambungan dari cerita percutian ke Langkawi.. Rancangan ke cable car Langkawi adalah pada hari Rabu. Ia terletak dalam area Oriental Village.. FYI, pada hari Rabu, cable car dibuka lewat sikit iaitu jam 12 tengahari. kami bertolak lepas sarapan pagi. Agak jauh dari hotel yang kami duduk, yelah nak panjat gunung kan, jauh sikit lah.. Sampai2 frustnya kena tunggu sampai pukul 12. pusing2 lah dalam tu. Macam2 ada, ada kedai2 jual baju, paddle boat, kereta kuda, taman arnab dan macam2 lagi yang menarik sementara nak tunggu pukul 12 tu kan.. 
beratur tunggu turn nak naik cable car

mertua vs menantu :-)

Bila tiba masanya, ingatkan tak ramai orang, sekali tu nak beratur punyalah panjang umat dari kaunter sampailah ke jambatan tu.. fuh.. nak tak nak, terpaksalah en suami beratur kan. nasib baik kaunter dia laju je, dalam 20 minit dah dapat pass masuk. kalau nak dapat harga diskaun kena tunjuk ic sorang2. baru dapat RM15 untuk dewasa dan kanak2 RM 10.. so total kami RM 70 semua.. beraraklah kami ramai2 naik cable car.. mula2 aqil excited, sekali tu penakut! tu yang lemah semangat tu.. Aku pun takut jugak. tengok atas, tengok bawah. mama siap dah baca2.. hehe. aisyah je tak faham apa2 lagi. senyum je :-) pic tak banyak sangat sebab semua dah nak habis bateri.. seronok sangat duk atas ni, sejuk je.. 

gambar terbaik kami :(

3 of us.. 

ibu camwhoring. menikmati pemandangan ciptaan Allah

turun di stesen pertama.. ramai orang juga

rehat2 menikmati pemandangan. cer tengok aqil tu, berkerut je

happy girl

atok..

kenang-kenangan bersama family di langkawi :-)

kami naik tak sampai sejam kot.. mama pun tak naik kat atas sebab tak larat nak panjat tangga.. tu gambar mama tak de sangat.. aqil pulak sibuk ajak balik.. nak balik rumah ibu, nak balik rumah ibu.. tu jelah dia sebutnya.. kecik2 macam ni pun dah pandai gayatkan.. hmm.. turun je, terus kena serbu dengan orang yang amik gambar masa mula2 naik tadi. haa.. oleh kerana gambar cun, maka, kami belilah.. hehe.. Sekeping ni RM 40, plus snow ball yang ada gambar kami RM 60, plus RM 10 sekeping lagi dia print besar macam ni.. haa.. total RM 70, share dengan ayah.. kekeke..Ini jelah tempat berbayar yang kami pergi. hehe. selain itu, otak ingat nak soping je..  Adalah kami pergi ke Beras Terbakar, tapi tu pun dah petang sebab nak cari kain batik mak mertua. kat beras terbakar ni pun ada gerai jual2.. tapi dah petang masa tu, kedai pun banyak nak tutup dah.. Kain batik untuk solat mak mertua kirim.. kat sini murah dapat sepasang RM 12.. jadi belilah kita 4 helai.. 

Gitulah ceritanya.. Belum habis lagi ye cerita langkawi ni.. ada skit je lagi.. :-) bye.. wassalam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails