Friday, March 8, 2013

buat kali kedua: klinik gigi kanak-kanak

Assalamualaikum..
 
Masuk lambat hari ni. bawa aqil pegi klinik kesihatan Ampang pulak.. ubat demam dah habis. hari ni dah hari ke 6 dia demam. tapi demam dia tak berterusan lah. macam on off.. Ingatkan nak pegi klinik nak amik darah kan, sekali doc cakap tak perlu, suhu pun tak tinggi sangat. so dapat ubat demam dan ubat batuk. Sampai di KK tadi kira awal jugaklah, consider orang tak ramai. tapi pukul 9 baru dapat jumpa doc may be doc meeting ke apa ntah..
 
pegi klinik tak mandi :-)
 
Sementara tunggu doc check, aku round2 lah dalam klinik tu. sekali tu ternampak klinik gigi di sudut klinik.. haa.. ini sudah bagus. aqil pun dah lama sangat tak check gigi. Alang2 tu aku tanyalah akak yang bawa anak dia sekali. dia kata memang jumaat hari cek gigi untuk kanak2. Konon aku nak registerkan aqil, kalau aku register dapat no 2 masa tu, tapi mengenangkan aku ada appoinment nak masuk jumpa doc kat belah sana, takut clash pulak kan. tak pelah, nanti dulu.. Sekali tu bila aku rasa doc demam tu lambat, aku pegilah klinik gigi pulak. register.. dah dapat no 13. huhu.. tunggu je lah..

budak tak sihat..
Kisah demam aqil, dia dalam proses recovery. so no need antibiotik. even before this kat private doc kasi antibiotik. Baru aku perasan, doc klinik kerajaan tak bagi sangat antibiotik untuk anak2 aku. Masa husband pegi emergency kat hospital pun, dia tak kasi antibiotik.. kira ok lah kan..dah sihat pun mereka.
 
 
Ha.. ok klinik gigi pulak. Seram jugak aku nak bawa aqil. ni kali kedua dia ke klinik gigi. first time masa kat klinik tangling. teruknya ibu dia ni. gigi anak dah parah pun masih tak nak bawa klinik. Masalahnya gigi dia tak sakit. kadang2.. gigi hitam dah habis dah atas tu semua.. So tadi, bila tiba gilirannya, dup dap dup pulak aku. dulu aku baring sekali atas kerusi. Now, ibu tak perlu lagi. hehe.. aqil takut juga.. meleleh2 air mata dia. huhu. sakit ke tak tahulah. mana ada sakitnya, korek2 je..huhu.. Gigi atas aqil memang tak boleh buat apa.. ada potensi untuk bernanah. dulu dah pernah dah gelembung2 kat gusi dia tu. Oleh sebab umur dia 4 tahun, memang tak boleh buat apalah. nak cabut takut trauma. nanti dia tak suka gi dentist pulak.. jadi kalau sakit makan ubat je lah.. sampailah dia berusia 7 tahun baru boleh cabut..
 
bilik seram. hehe
 
Gigi geraham dia pulak ada sebatang kena tampal sementara. tu pun, takut. menangis2. mujur tak menggelupur atas kerusi tu. huhu. puas nurse pujuk sebab nak korek yang berlubang tu kan.. nak pakai mesin yang ngilu tu tak dapat sebab dia bergerak2.. dapatlah aku tengok proses mengorek dan menampal gigi.. Aqil dapat hadiah ubat gigi colgate dan berus gigi sekali. hehe.. Nurse tanya dia gosok gigi ke tak. huhu. soalan cepu emas.. Gosok tu gosoklah kan. aku dapat monitor pun malam. ni demam dua hari ni tido awal je dia, nak kejut ada yang meraung pulak. kat nursery, bila nurse tanya dia geleng. betullah tu tak gosok gigi kat nursery. macam2 bentuk berus gigi dah bagi.. tapi tak salah kan sape2, may be gigi aqil jenis cepat reput. umur setahun lebih dah mula rosak gigi dia.. padahal breastfeed je pun..
 
So, tak de appoinment seterusnya. cuma kalau sakit atau gigi goyang, boleh lah datang.. nurse sapu florida tadi kat keseluruhan gigi dia.. hmm.. lega dah.. sian jugak kat budak2 kalau kena cabut habis gigi dia kan. camana dia nak makan.. oklah, tu je nak share. cerita langkawi belum habis lagi. masih banyak lagi gambar yang belum dipublish kat sini. hehehe..
 
Ok bye. wassalam..
 
 
 




3 comments:

erna said...

pergi klinik x mandi pun boleh senyum senyumkan aqil :)

Ietams said...

same dgn anak kite yg 1st 4btg gigi depan hat yg atas habis semua..walaupun BF. hancur dek kejap² jatuh.
tumbuh awal sgt kot.. tu yg cepat reputnye..
doktor gigi memang advise bile 7thn sok baru buleh cabut.
jenuh betul nak nunggu 7thn nye tu..huhuhu...

Masya said...

gigi geraham anak sy pun dah berlubang.. ajak pg tampal takmoo hadoilah.. dah 5 tahun ni.. payah ..nya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails