Thursday, March 28, 2013

berkilau-kilauan..

Assalamualaikum..

Tadi pagi meeting di Putrajaya.. Pukul 3 baru sampai ofis.. mabuk kejap naik kereta sebab baru lepas makan, terus naik kereta pastu terasa macam bergelodak je perut. Mulalah asyik sendawa je.. hmm rasa tak selesa.. berangin je perut ni.. Dah lama tak pergi meeting bersama klien, selalu bos je pegi kan.. tapi kali ni bos tak de, bos pengganti yang pergi tu pun tak berapa tahu sangat.. Jadi aku dan ofismate terpaksa ikut even kami pun tak delah tahu sangat tapi lebih tahu sikiiittt je dari bos tadi. hehe. tapi, sebab protokol kan, meeting seperti itu tidak layak untuk 41 seperti kami untuk bersuara. chewah.. bukan lah tak layak bersuara, boleh tapi di sebalik tabir je lah, mesti ada high level bos untuk meeting2 seperti itu.. 

okey2, tinggalkan meeting tu.. Perut pun dah kenyang. hehe.. tu jelah keje nya, selain dari jadi back up person, jadi tukang makan.. pagi memang tak sarapan apa2, sekali tu pegi meeting makanan pulak jauh dari tempat, malu pulak nak amik dan makan. tengok orang makan je lah, perut pulak dah keriuk keriuk dah.. hmm.. pukul 10 baru dapat makan.. lega.. sementara nak tunggu meeting habis, lama betul meeting tadi, baru dapat makan tengahari.. kebulur mak..

Boring2 tu, aku belek2 lah kasut yang aku pakai hari ni. kehkehkeh..berkilau2 okeh.. yeah, kasut beli kat JPO hari tu.. simple je.. aku dari kecil suka kasut kilat2 ni. bila aku pakai kawan2 kata macam kasut budak2.. hmm.. biarlah. asalkan kita suka. kalau pakai kasut ni, kena percik air lap2 gitu je. tak yah risau dah terserap masuk dalam kasut lalu stokin pun jadi hitam. dengan kasut ini, tiada masalah. hehe.. tapi biasalah kasut baru agak menyakitkan. dah lama tak pakai kasut tutup ni kan. habis dihimpit jari2 kaki. tapi hari ni dah kurang sakit..

tantek tak.. hehe.. 

mentekadarah.. menu sedap. hehe

 bukan skendel. kehkehkeh.. ini tunjang unit kami nih.. :-D

kenalah pakai camera 360 kan. baru homel muka tu. huhu

Tu jelah cerita aku hari ni.. meeting adalah berjaya. tak menakutkan sangat. hehe.. ok bye. wassalam..

4 comments:

maria firdz said...

memang berkilau-kilau.. blh wat cermin jap.. hehe

Suliana said...

hehe.. mmg blh wat cermin tapi tak de pantulan :-)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Jenama apa kasut tu? Cantikkk

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

rimas tul kalau meeting kat putrajaya yg kena pakai kasut tutup, mulalah jalan mengengkang jek..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails