Wednesday, March 6, 2013

bad day

Assalamualaikum..
 
bad day ke bad person? hmm semua nak salahkan orang kan.. salahkan diri sendiri jelah.. dah memang perangai ko macam tu.. waaa.. nak nangis rasa. tapi mak jiwa kental okeh.. Hari ni encik Suami EL.. demam dan tak larat bangun. Semalam elok pegi keje tapi waktu balik dia dah kelembikkan.. ekon opis kuat sangat, tambahan lagi badan masih belum pulih sepenuhnya. Pagi2 lagi dah call aku bangun, nak cakap tak larat pegi keje. sorang tido atas, sorang tido bawah, takut berjangkit dengan si kenit.. Hailah. kena drive sendiri nampak gayanya.. Aku siapkan diri sendiri, siapkan aisyah. Kesian tengok anak2 tak puas tidur. habis tu nak buat camana, ibu kerja.. Tukar pampers dia pun dia masih tidur. Aku angkat aisyah turun bawah tengok tv. selalunya dia cergas dah pagi2 tu tak kelip mata tengok Shaun the Sheep. tapi tadi pagi, masa aku tengah bersiap2 aku tengok dia tengah tidur depan tv. alahai siannya anak ibu ni. ngantuk sangatlah tu.. Hantar dia dulu ke rumah pengasuh. Aqil tengah sedap tertonggeng atas katil lagi. Ni cabaran besar nak siapkan budak ni ni..
 
Dah settle hantar aisyah, kejut aqil pulak. yang ni kalau bangun tak menangis tak sah.. menangis tu kalau bangun tak pe, ni menangis tak nak bangun. aku pulak yang rasa nak menangis.. Dahlah lambat. semalam pun lambat. Ha.. ni lah tahap kemuncak kesabaran. mulalah aku nak menjerit pagi2 ni.. sekarang pun rasa tekak perit je sebab pagi2 dah test suara.. sabar je lah.. bangun tu aku pulak yang kena sepak2 sebab suruh dia masuk bilik air. mana tak hangin.
 
Pastu nak cari pasal lagi. bantal peluk yang dia selalu kelek pagi2 tu tak de. aku dah agak dah bantal peluk tu tinggal kat taska. puas dah cakap. dia masih nangis2 duk tersangkut kat tangga tak nak turun. ayahnya yang tengah tak larat tu pun bangun, siaplah ko. hai anak.. ni semua salah ibu dan ayah ni.
 
Lagi membuatkan rasa bersalah bila semalam, dia tidur merengek2.. dah pukul 4 pagi. aku rasa badan dia macam panas. kejut bangun makan ubat. sebelum tu dia dah kena dengan aku. ha, tengah malam pun boleh buat hal.. bila dah kasi ubat, terus tidur diam2. sabar je lagi. aku ni cepat je kesian kat anak, tapi bila dah diuji tak sampai seminit aku dah macam orang gila..
 
Pastu, sambung balik nangis2 tadi. pegi taska pun sibuk sebut bantal dia. aku kata kalau nangis ibu tinggal. aku tinggal je dia depan pintu taska. dia berlari kejar aku kata nak salam nak cium. tahu pun. jangan nak mengada2 pagi2 boleh tak. pegi keje dengan perasaan marah. angin. bersalah sangat. Finally, dapatlah punch sebelum pukul 8. tu jelah ko dapat nya pun. Selebihnya apa? Gangguan emosi ibu dan anak. Cepatlah dugaan ini berakhir. ni baru dugaan kecil Allah nak bagi, itu pun tak boleh handle. what a bad person.
 
Sekian, wassalam
 
 
 
 




11 comments:

ejaMaria said...

huhuhu... akak pun kekadang jadi incredible hulk... tinggal tak tukar kaler jer... :p

Nurulhuda Abdul Latip said...

Nila dugaan kita sebagai ibu. Kadang cerita awak sama je ngan saya. Tapi anak laki saya ni senang nak bangun tak nangis, yang kadang meragam anak perempuan tapi lately ni boleh handle lagi la..Tak taulah nak masuk anak ketiga nanti huhu. Rasanya situasi kita sebagai ibu2 dan isteri ni lebih kurang je semuanya kan..

fiza arshad said...

sbr ye kak sue..tu la emosi jgk kadang2 kan...lg2 klo kite da lmbt..hihi

aMiYs said...

Yeah.. Aku pun sama la mcm ko.. Smlm pg2 aku dh test vokal.. Kesian anak2 tp emosi x terkawal.. Sadis sgt..

erna said...

bila menjadi ibu..terlalu perkara yang mematangkan kita. erna ni pun baru ada anak sorang. tapi dugaan macam-macam juga,. bersabar je erna ni. semoga kita mampu menjadi ibu yang baik dan bersabar dengan pelbagai dugaan. amin

Suliana said...

kita pakai hijau hari ni kak :-)

Suliana said...

anak perempuan saya alhamdulillah behave sikit perangainya. tak tahu lah kecik lagi kan. tak tunjuk belang lagi..:-)

Suliana said...

tu penambah stress tu fiza klu dh lambat :-)

Suliana said...

tu la syima.. dah pegi keje baru nak insaf kan. huhu. dgr ceramah agama berkoyan2 pun tak dpt nak praktikkan.

Suliana said...

amiin.. thanks erna..

Masya said...

KDG² KT MMG AKAN RASA MCM NI.. DAH NAMA PUN PEREMPUANKAN.. DITAMBAH LG DAH JADI IBU NI.. HAIHHLA.. MMGLAH JIWA KALAU X KENTAL.. X BLH NAK KATA APA...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails