Monday, March 11, 2013

baby underweight

Assalamualaikum..

Hari ni check up Aisyah.. 3 bulan lepas, berat dia hampir masuk ke line kuning. bulan ni, setahun tiga bulan ni, berat dia dah masuk pun masuk line kuning. huhu..sian aisyah.. tapi berat dia naik lah 0.3kg. jadi berat sekarang 8kg lah. tapi tu pun tadi dia gerak2 atas timbang tu.. rasa macam tak sampai 8kg kot. Ntah tak tahu kenapa semua baby yang masuk timbang semua nangis hari ni. May be hari ni ada kelainan sebab ada nurse praktikal yang handle timbang2 hari ni.. Padahal timbang je pun. beria nangis.. Tinggi pun tak perasan berapa tadi, kena tengok kad balik..

Aku memang dah agak dah budak ni mesti masuk line kuning punya.. Nurse pesan suruh makan multivitamin. Dulu ada bagi sebotol, tapi faham2 je lah budak ni kalau bagi ubat pun meraung, inikan pulak nak kasi vitamin. aku beli yang chewable pulak Appetton tu. kan betuk star kan.. 1 bilah (betul ke ni) star je dia makan, selebihnya dia pulang balik.. Tapi tadi kena makan ubat cacing. kekekeke.. sian dia, nak tak nak, kena telan juga walau pun comot2.. habis belengas tau jari ibu sumbat balik ubat cacing dalam mulut :-) mujur tak muntah je.. pastu dapat lagi sebotol multivitamin, kita serahkan pada yang pakar iaitu pengasuhnya lah :-)

Makan pun ciput2 je. beberapa biji nasi je masuk. semuanya sebab nak makan sendiri.. risau pulak. kalau 3 bulan lagi masih dalam line kuning, kena refer dotor pulak. takut tak cukup zat.. aisyah masih menyusu badan. Alhamdulillah, susu badan masih cukup. ada stok dalam seminggu lebih je kot  untuk aisyah..  Dalam 20 botol lebih macam tu. skit je.. kalau top up dengan susu tepung bagi bam2 sikit aci tak? hehe.. Dia suka main2 dengan botol susu aqil. kadang dia pun nak minum juga susu aqil tu. tapi main2 je acah2.. selebihnya dia tenyeh2 kat lantai/tilam..

mood nak tido. masam je pagi tadi

berebut car seat.. 
Aqil pulak, tantrum dia tak habis lagi. asal bangun pagi je stat enjin. bukan bangun pagi je, bila2 lah ikut suka dia nak bertantrum.. ikut suka dia nak merengek2 dia time bila. selagi tak penuhi kehendak dia tu, selagi tu lah dia desak desak sampai ko naik menyampah seterusnya naik angin. tapi tak baiklah kan nyampah dengan anak sendiri.. Ingatan untuk diri sendiri juga, ANAK TU UJIAN ALLAH BAGI DIRI KITA.. Jadi bila solat tu, doa2 lah agar ditingkatkan kesabaran untuk mendidik dan melayan anak2.. Anak itu juga CERMIN DIRI KITA.. jadi bila anak2 ni dah mengaruk, fikir2 kan lah perangai sape dia ikut ni. huhu. aku rasa aqil ni ikut perangai aku kot. ingat lagi masa kecik2 suka desak mama beli itu ini. nak juga nak juga. kalau tak dapat, hentak kaki sampai pecah tumit. haha. over gitu. sekarang, rasakan. anak kau dah ikut perangai ko.. cermin bergerak ku :-) sekarang kalau kita tengking2 dia, tengoklah sikit lagi dia dah berakal, dia tengking kita balik. dah tua nanti, di bolayan je makpak dia. eh tapi tak nak lah doakan anak macam tu. masih belum terlambat untuk didik dia jadi anak soleh/solehah..

Sekian, wassalam

4 comments:

sihatbyMAMAELLY said...

sue..cuba try bagi mealshakes shaklee sue.bukan sebab nak promo sangat.tp sebab elly dah rasakan perubahan isya kan.. kadang2 nurse ni saja je pun..

ejaMaria said...

ntah la Sue, anak-anak akak kalau bab ubat ni 'suka sangat'... sampai kena sorok ubat... haduiii...
tak tau macam mana nak tolong klu aisyah takmo makan vitamin... scott emulsion tak ok?... vitamin C yg cosway punya pun ada jenis chewable... dah try?

Suliana said...

insylh.. blh juga tu elly.. nnti su pm ye.. lupa dah pasal ni ..

Suliana said...

scott hari tu dia ok. lps baik dmm nak bagi terus dia luah balik.. tak pe, su try slow2 :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails