Sunday, March 17, 2013

aktiviti hari sabtu

Assalamualaikum..
 
Salam hari ahad. Pagi ni bangun pagi2 konon nak buat kek, lama dah tak buat kek kegemaran iaitu red velvet. Sekali tu turunlah bawah, tengok2 peti ais ternganga 90 degree. OMG!!! Habislah susu aisyah yang 4 botol tu esok. Geram betul. Ni angkara ayah dialah ni. Selalu bukak peti ais pastu lengah2 tutup, pastu lupa terus. Buka luas pulak tu.. Sabar je lah. Rasa2 susu tak sejuk pun. Adoi geram betul. Kalau tak tutup rapat tu ok lagi, nanti dia berpeluh je, ni lansung nganga luas.. Marah betul. Terus naik atas tido balik. Tak jadi aku nak buat kek pepagi ni. Takpelah. Tak de rezeki aisyah. Tapi aku cium2 susu tu ok lagi kot.. Boleh lah pakai. Ke tak boleh dah? Huhu.
 
Tinggalkan about susu tu.. Semalam, maghrib time.. Kami makan di kedai resepi rahsia :-) hasben yang ajak. Kita pun mohle pegi.. Nak order nasi goreng sekali tu udang dah habis.. Terus buntu nak makan apa sebab kt sini itu je aku suka makan. Lain  tak sedap. Ala2 gitu.
 
smarties ice cream aqil
beef spaghetti
 
mozarella baked fish
 
Hasben order beef spageti. Ni belum rasa tapi dah pasrah.. Tak nak bagi harapan tinggilah kan. Sekali tu bila makan, haa sedap sedap sedap.. Mahal, Rm 20 kalau tak silap. Aku pulak, bila dah nasi goreng tak de, order yang pasrah jugaklah. Mozarela baked fish. Sekali makan, haa sedap juga even dalam buku menu tak de tanda recommendation.. Harga pun standard mahal, resepi rahsia kan.. RM 18.50..
 
dak kecit makan comot
 
merangkak terus atas meja :-)
Air aku try fruit punch dan hasben amik apple kasturi. Dak kenit aqil order smarties ice cream. Pantang nampak coklat dan kalerfull, mesti nak. Padahal bukan makan pun.. Amik kek indulgence sepotong, yang ni tambah singgit je sebab order kami ala carte.. Makan sampai licin.. Haa sedap sangat ke lapar sangat tak tahulah. Hehe.. Alhamdulillah. Terima kasih suami belanja.. Ni jelah jadi penyejuk hati bila teringat pasal susu tu.. Tak jadi nak marah lelebih.. Mamat aqil pulak tertinggal jam benten 10 hengget kat sana. Masaklah duk merengek je.. Terus call minta diorang simpankan esok2 boleh amik. Huhu

fruit punch & apple kasturi

cabaran ibu
 
Rumah masih belum kemas sepenuhnya. Apa dibuat tak tahulah. Makan tido makan tido. Sejak dah tak pakai cd untuk aisyah ni, kain pun seminggu sekali baru lipat. Kalu tak, dulu hari2 lipat kain sebab nak pakai cd urgent kan.. Oklah, pagi ni tak tahu nak makan apa untuk sarapan. Beli je sudah :-) ok bye. Wassalam..
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

2 comments:

erna said...

owh..sedap betul dapat makan kat secret recepi. menu yg husben makan tu..menu febret erna :)

Eyriqazz said...

Mozarella baked fish nampak menggiurkan...Nyam2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails