Thursday, March 7, 2013

15 bulan

Assalamualaikum..

7/3 ~ Hari ini Aisyah Humairah dah 15 bulan.. Setahun 3 bulan. Alhamdulillah.. Banyak dah perangai Aisyah yang membuatkan ibu tersenyum, risau, marah dan speechless.. hehe.. Dah pandai macam2 cuma satu je tak berani lagi iaitu BERJALAN.. yelah, belum jalan lagi semek ni.. Semalam dia lepas2 tangan. pastu dia berdiri. Bila kata tatih.. terus turun.. saje je nak mainkan perasaan ibu tau adik ni, kita berkobar2 bagi semangat nak suh dia melangkah. babap kang kaki dia tu. takut benar nak jalan tu.. takut jatuh.. 

Gigi dah banyak, 8 batang.. suka gosok gigi. pantang dapat berus gigi terus nak tui tui tui.. tapi kadang2 aku malas gak nak bawa dia masuk bilik air. amik tuala gosok je gigi dia atas katil. hehe.. Masa aqil demam hari tu, dia demam kejap. dedar. tapi may be dia tahu dia suka makan ubat, dia kena cepat baik. jadi dia demam sehari je hari tu.. bagus2..

Masih tak suka dipakaikan apa2 kat badan dia kecuali baju. Pakai headband kena tarik, pakai gelang atau rantai saje2 letak pun ditarik. Dah pandai nak makan sendiri. Bagus juga tu, senang aku nak makan. Bagi dia pinggan plastik satu letak la nasi atau ayam kecik, pandailah dia kutip masuk mulut sendiri. hehe.. bersepah tu sudah pastilah kan.. 

Pandai berebut. Aqil terpaksa mengalah. Dah kenal abang dia.. Semalam aqil tidur depan tv dia dah tidur atas, dalam gelap dia tepuk2 katil aqil yang kosong tu, "qil qil".. Suka main petik2 kipas, main tutup tv, buka laci.. Sekarang yang paling risau, dia pandai pegi dapur, berdiri kat dapur gas dan main pulas2 tombol gas tu. pandai dia pulas tombol tu. kena perhati lebih sikit kalau kat dapur..


muka sedih tak dapat apa yang diingini

tengah merakas.. 

new pic malam tadi tengah makan betik sambil tengok tv.
 
muka ada senyuumm... cheecky face..
wajah ni lah yang dirindui untuk digomol2 balik karang.. hehe.. bau baby kan. pastu dia macam rela je kena gomol, tak boleh nak lari.. hehe.. Aqil pun ingat juga cuma dia dah pandai suka apa dan tidak, dah agak mencabar, kena bodek lebih, sabar kena tinggi maa.. Aqil macam dah ok. cuma semalam mata kuyu je. masih belum sihat sepenuhnya. Lemah semangat dan sekarang mahu pulihkan semangat dia, minum air tawar.. 

Okey, tu je update untuk anak dara ibu yang comel dan lasak ni.. Sekian, wassalam..


2 comments:

kakinakl.com said...

memang seronok tenguk gelagat anak-anak..
akak suka bila dapat baby girl sebab leh beli baju macam-macam gaya

aimaniman said...

Sama je ., yeya pun lasakkkk betul, rasanya time tido je dia x buat apa2, kalau tak, semua benda nak cuba.. bab betik tu, kalau yeya bukan dimakan to diramas2., gerammmm to rinduuuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails