Friday, February 8, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..
 
Salam Jumaat semua. hari ni terasa letih dan mengantuk sangat. start dari malam tadi aku dah rasa mengantuk. dah bangun tidur pun penat lagi.. wargghh.... dengan aisyah lagi susah nak tidur semalam. sebab dia dah recharging pukul 9 dia bangun balik pukul 11.. nak paksa dia tidur tapi tak berjaya. takpelah dik, pandai2 la ko bawa diri sendiri ye.. Eh lupa tau nak story adik aisyah dah 1 tahun 2 bulan semalam :-) alhamdulillah dah nak naik lagi satu gigi susu yang ke lapan. jalan?? masih belum.. berdiri tapi takut nak melangkah. makan alhamdulillah dah suka makan. sikit2 nak mengecek apa yang kita makan..
 
 rambut ayah
 
 kanak2 suka main remote kan? :-)
 
 tet.. tukar chanel
 
 nom nom nom.. suka minum air masak
 
 ibu nak sikit ke?
 
aumm.. tak boleh..
 
Dia dah pandai cakap sikit2. tapi aisyah ni berat mulut sikit.. pendiam kot macam ayah dia ke? haha.. pendiamlah sangat.. dia dah pandai cakap "bu" haa.. ibu lah.. sambil tepuk2 ibu bila nak nenen.. comel je bila dia panggil ibu :-) kalau dia dah pegang barang then aqil amik, haruslah menjerit dan menangis. sian aqil kena mengalah. dahlah aqil tu cengeng, merengek je ko kan.. pastu kalau nak merengek, menangis2 kat ibu, pegilah kat ayah tu sedap2 je lepak. aku ni nak tengok tv pun tak senang, sorang merengek sorang duk usik2 tv.. mana me time nya.. no time ok.. sume nak keliling ibu.. hailah anak.. cam ni lah jadi ibu ni kan.. bila dah penat, apa pun tak boleh.. nanti bila dah besar, janganlah lupa ibu dan ayah ye..

Dah ibu. jangan bising2.. esok cuti 4 hari bu.. hoyeay hoyeah... tak pegi mana pun. may be balik kampung husband. selebihnya duduk rumah diam2 maa.. Gong Xi Fa Chai.. and happy holiday..

Bye..

wassalam..

2 comments:

~MommyAida~ said...

Nanti Aisyah dapat kaki, jenuh la ibu nk kejar..hihi..selallunya lambat jalan tapi cakap cepat..InsyaALLAH..hihihi

Suliana said...

AIDA,

amiin... gigi dh byk, lmbt jalan la kot. org tua katalah.. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails