Tuesday, February 5, 2013

masak-masak dan kongsi resepi

Assalamualaikum..
 
weekend lepas, hari Jumaat je aku rajin masak. hee.. hari sabtu dan ahad, masak sempoi2 je lah.. bila belek2 hp, eh tak cite lagi pasal masak2 ni.. so today marilah nak tayang cerita masak2 kita :-) aku ni tak delah reti atau terer masak macam mak2 kita yang expert tu kan.. sekadar masak untuk suami tersayang dan juga anak-anak bolehla.. turut serta tentulah keluargaku. hee.. untuk keluarga belah mertua, belum pernah lagi masak2 lauk macam ni untuk jamu diorang, kecuali adik ipar jelah dah pernah rasa masakan ku. kuih/kek tu pernah lah juga bagi.. untuk adik beradik dan family ku, kalau diorang komplen sedap ke tak sedap ke, tak delah sentap mana. akan kubalas balik kesentapan itu. haha.. tapi kalau belah mertua komen mahu tak sentap setahun tak masak. kahkahkah.. tapi setakat ni, mestilah ok je kuih muih aku bagi tu. mahu nak komen, nanti majuk menantu hantu mereka ni. hehe..
 
Ok2, dah melalut panjang lebar pulak.. meh la tengok apa yang aku masak minggu lepas. dah tayang kat fb dan instagram. 
 
 ketam masak lemak cili api
Mari kita share resepi my style:
bawang merah hiris (kuantiti ikut suka, aku letak 4 biji)*
bawang putih hiris(1 biji je)*
santan kotak/perah ( untuk 4 ekor ketam kecik2 ni, aku pakai 1/4 je santan kotak tambah air skit*
serai*
halia skit*
garam dan gula kalau suka
ketam tentulah ada
tomato/nenas sebagai penambah rasa masam. kalau tak de, asam keping sekeping, ikut korang suka tahap masamnya
 cara-caranya : satukan semua bahan bertanda * dan biar lah santan didih skit kacau2 jangan sampai santan pecah minyak, then masukkan ketam. perasakan dengan garam dan gula. letak tomato dan nenas. Seeloknya ketam ni tak payah masak2 lama2, nanti overcooked kecut plak.. then siap. senang kan.. :-)
 
 
 lawannya dengan sambal ikan bilis pangkor. sori terlebih minyak
Resepi my style;
Ikan bilis goreng - ketepikan
5 ulas bawang merah, 2 biji bawang putih*
2/3 sudu besar cili giling/boh* - ikut suka nak banyak mana sambal
air asam jawa
garam dan gula
bawang besar dimayam dan dijadikan hiasan.
 Caranya : Tumis bahan bertanda * sampai agak garing, bukan hangus ye, kalau tak, nanti lada tak masak, pijar mulut nanti. letak air asam jawa. biar sampai agak kering, then ltak garam gula dan bawang besar yang telah dimayam. las sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.. kacau rata.. aku ingatkan lemaulah ikan bilis ni, tapi tidak.. ok rangup je :-) yummy..
 
 
 inilah masakan eksperimenku.. alhamdulillah jadi.. yeay, like it..  selalu buat butter prawn yang bertali2 tu kan, tapi malas nak buat sebab tak reti nak buat telur dia tu.. aku pun try lah butter milk prawn/shrimp ni..
 
Resepi :udang basuh - lumur garam- goreng medium cook- ketepikan
lebihan minyak tadi buang skit, the masukkan 2 sudu besar butter.
Bawang putih 5 ulas cincang dadu, masukkan dalam butter tu.
Cili api potong kecil2 dan daun kari 1 atau 2 pelepah, campak je dengan bawang putih tadi
masukkan udang yang telah digoreng tadi
tuang susu cair ikutlah nak banyak mana, then tabur garam dan gula sikit.
Last sekali, taburkan tepung jagung untuk memekatkan, hati2 jangan terlebih pulak, nanti takut pekat sangat. try sikit2 dulu. then tutup api, masak.. yeay..
 
 
ikan siakap stim for second time.. agak ragu2 nak buat sebenarnya, tapi belasah je lah. aku amik resepi dari kak ana suzana.. alhamdulillah, resepi ni boleh simpan ketat2 :-) tapi agak overcooked ye ikan ni..
 
Okey tu je.. penat taip panjang berjela ni. semangat betul. macam lah sodap sangat weih.. hehe. tak pelah.. sekadar panduan, terkurang terlebih sila adjust sendiri, kita yang buat dia kan:-)
 
sekian, terima kasih.
 
wassalam 

p/s: blogspot dah kena block kah? atau internet line lembs? jadi, tak delah bahan bacaan aku ye. thanks for dropping by and later will reply all the comments :-)

9 comments:

erna said...

Ya Allah..terliur nyer tengok. sedap..dalam petisia ada ketam. memang suami dah request nak ketam masak lemak cili api. boleh la pakai resepi ni nanti :)

udang tu nampak sgt menyelerakan.......!

NaDia CoMaNeCi said...

memang nak try butter prawn ko tu sebab tak reti gak buat yg tali2 tu..penah buat sekali tak jadi..aq amik resepi k..tq..hihi

julie hussin said...

sedapnya menu masakan....pasni leh la try...

klu free jenguk la blog akak...

seindah impian segunung harapan

fiza arshad said...

Sedap je nampak! Terer tul kak sue hehehe :)

Suliana said...

cubalah ye erna :-)

Suliana said...

silakan nazat :-)

Suliana said...

ok insylh :-) tq singgah..

Suliana said...

hehe.. tak delah fiza.. masak suka2 je :-)

~MommyAida~ said...

hai semuanya namoak sedap..org dlm pantang ni tgk makanan yang tak bleh mkn semua rasa nak makan..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails