Monday, February 25, 2013

ikan patin masak tempoyak

Assalamualaikum..
 
Update untuk kali kedua hari ni :-) Petang2 sekarang ni hujan kan. aku sidai baju dalam rumah je :-) bermula dari bulan ini, Aisyah dah tak pakai Cloth Diapers. Sebab dah besar dan selalu bocor.. Tak pelah, puas hati pakaikan dia selama setahun 2 bulan ni, dari dalam hari lagi dia dah pakai CD.. Pengasuh pun mengadu cakap bocor. Lagi pun, CD aisyah tu kan turun temurun dari zaman aqil, aku just tambah sikit2 je lah, tu pun insert dah makin nipis, getah tepi dah longgar.. tak pelah, kita surrender lah ye.. Itu juga menyebabkan aku kurang basuh kain dalam 2 minggu ni..
 
Kurang sikit aku kuar rumah basuh kain, dan anak bujang jiran belakang aku pun dah boleh lepak senang hati kat beranda belakang rumah dia. Kalau tak, berdesup dia lari bila aku buka pintu belakang nak basuh kain.. Segan agaknya bertowel je pastu main komputer sambil isap rokok. Aku pun segan gak sebenarnya, kuar rumah kena pakai elok2 lah kan. kalau tak tudung, aku pakai towel... kalau tak de orang, aku togel je. hehe.. Kadang tak naklah bertentang mata dengan dia, tak reti nak borak apa. hehe..sekadar senyum gitu je lah, ramah2 mulut sikit then sambung basuh kain. Kadang tu, saje je sebelum aku buka pintu tu, aku buat bising2 panggil nama aqil. hehe.. cover line.. pastu bila aku buka pintu, line clear.. kekekeke..
 
Eh panjang pulak muqaddimah nya.. ni ha nak tunjuk first time masak ikan patin. mak mertua den bagi.. hehe.. Aku mula suka kat ikan patin masa aku pregnantkan aqil.. aku rasa sedap gila ikan patin masak tempoyak tu.. mak mertua aku beli kat pahang katanya. mahal, sekeping RM 30.. Pastu sabtu lepas, aku balik kampung, wah ada ikan patin!! dia beli kat kedai je.. beria aku cakap aku suka aku suka. haha.. pastu mak mertua kasi bawa balik sekor yang belum masak. Aku cakap tak reti nak siang, tak pe, mak dah siang.. just masak je..
 
 
So inilah hasilnya.. jadi jugaklah. Aku letak air, tempoyak, cili api, daun kunyit, kunyit dan daun kesom. garam gula secukup rasa.. Pekat atau tak, bergantung pada citarasa masing2.. Sedap betul bila kena lemak2 dia tu.. Ikan ni tak de rasa tanah lansung. best2.. seekor tu masak untuk tengahari dan malam.. Kalau kat R&R Temerloh tu mahal gila. sepotong dah RM 12 siap masak..  tapi ikan patin memang mahal kan. ni pun mujur dapat free. hehe
 
Ok, tu je nak share.. bye :-) wassalam..
 
 


1 comment:

Syahada Ahmad said...

Kami tak gemar ikan patin sue, kami prefer baung. hehe
macamlah sha ni kenal sangat ikan, kang orang tipu bgtahu patin tu baung, sha makan je. rasa pun x reti nk beza. hehe.

Tp laki sha mmg la ketagih baung. kalau dia off 2 minggu tu, 4 hari je dia x makan baung, selebihnya hari2 duk mengadap baung, macam2 jenis masakan. kat sini lebih kepada masak asam pedas la, tp style ganu la. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails