Assalamualaikum..
Siapa pernah beli baju di thepoplook.com? haa.. ni saje lah nak share kan.. aku menceburkan diri membeli baju kat sini masa berpantangkan aisyah.. agak risiko juga kalau kita nak beli barang online ni kan. lebih2 lagi baju.. aku ni cerewet sikit.. ikut nasib juga sebenarnya. tengok dalam tenet, macam cun je baju dia. sekali bila sampai kat kita, ala.. tak kena pulak.. dalam banyak2 baju kat poplook aku beli yang aku paling selesa sekali ialah fesyen HENLEY TUNIC, kain cotton viscose.. aku dah ada 2 helai baju ni warna blue black dan oren. dan tadi aku baru beli lagi 2 pasang. kuikuikui.. ampunkan saya penunggu gua :-D
pink
deep red
Pengalaman memakainya memang selesa.. aku suka pakai baju longgar2 macam ni. Baju2 kecil dah babailah.. Baju lain yang dijual pun banyak juga yang cun2, tapi kelebihan tambahan baju ni ialah sebab lehernya kecik je. Ada baju yang aku beli leher besar, menggelebeh2 aku pakai.. tak selesa betul, yelah kena adjust lagi tang leher kang tersebul pulak bahu ku. Yang ni senang nak nenen si kecik tu tak payah selak2 baju :-p panjang tangan dia pun boleh adjust panjang ke pendek. kalau nak basuh pinggan boleh button on je, singkat skit lah.. tapi kalau dah duduk rumah, baik tukar shirt je kan..
Masa mula2 beli dulu, kelakar tak tahu saiz. nampak model pakai macam ok boleh muat dengan aku. sekali sampai rumah, haha dah macam sarung nangka, lebih2 lagi time tu dalam pantang.. boleh pulang balik tau kat poplook dengan syarat tak buka tag lagi.. tapi dia tak kasi duit, dia minta kita beli baju lain. kos penghantaran baju yang salah tadi ditanggung sendiri..
Kalau kain baju jenis jersey material pun aku suka. tapi kena tengok pattern juga. aku dah ada 3 helai :-p yang tu pun selalu pakai.. asyik2 lah ulang pakai baju sama je. Yang jenis kain silky material pun aku ada, tapi biasa2 je kot, tak minat sangat.. dan tak berapa pakai. nak pulang balik tag dah buka. huhu
Sekarang ni, aku tengah cari mood nak membuang baju2 kurung lama yang mana dah tak elok. nak kasi orang pun getah dah kembang. yelah, baju dari SPM pun masih boleh pakai tapi kain dah kembang2. bosanlah dah lama sangat pakai.. nak cari baju baru pulak.. nak bawa gi keje je kan. saiz badan pun macam dah kembang sikit. Itulah kelebihan baju kurung, boleh pakai lama.. tapi kain, kena pandai2 lah ye adjust :-p
Lately ni kan baju peplum berlambak2 kat pasaran.. aku belum berani nak try lagi. yang peplum pendek tu of course la dah keluar dari senarai. mahu tak lepas sirim kat rumah aku.. hehe peplum pun ada peplum panjang juga. tu yang aku nak try tapi tak berbuat2 lagi.. sweet je. anak dara nampak anggunlah pakai. mak dara pulak kena hati2 kang terbonjol sana sini tak dapek nak nyorok :-)
Sekian, wassalam..

baju dekat web tu mmg semua cantik2 :) salam kenal
ReplyDeletebeli beutskin dan felinna inchloss murah jemput2 ke blog, thanks :)
Salam kenal. Tq singgah.
Deletecantek baju tu kak sue.. fiza pnh beli skali, tp saiz nye besar and nipis, br pkai 2 kali.. tak terpakai da skrg.. hehehe :0
ReplyDeleteNi free size fiza tp mmg jnis besar. Kain mmg nipis. Tu kena beli kaler glp or pki inner..
Deletesuka yg pink tu..ramai juga yg shoppong kat situ..
ReplyDeleteSekali sekala blh la kak :-)
Deletekita pun pernah beli baju kat poplook tapi kan taste awak sama dengan kita la..kita pun suka baju yang cam awak letak gambar ni..
ReplyDeleteHehe. Sama ye. Sweet kan :-)
Deletetula baju kat Poplook suma cantik2 kan..skrg ni pn aida nk cr baju yang sennag menyusu..takdelah susah kalo nk NIP..Baju Peplum mmg takde dah la nak pakai lagi..tak sesuai lagi rasanya..hehee
ReplyDeleteCantik.. Tp kena tgk fesyen cmna plak baru blh beli :-)
ReplyDeletecantik sgt wak... kita blm berani lg beli kat poplook nnt takut jdi 'kegilaan' tk terhentik lak... kiki...
ReplyDeletepeplum tuh cam susah nak kena ngan kita la.. kalu dok try dua tiga helai semuanya rasa cam nmpk mama nih mengandung sedangkan diri ini sah2 peyot buncit... haha
saya pun suka beli baju kat poplook ni :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Su..
ReplyDeleteJemput singgah blog baru Heiladies Co.Baru berjinak2 dalam online biz ni. Klu pooplook ni dah tahap otai la. hehe.. Insyaallah akan update lebih banyak item2 baru sempena Hari Raya nnti. Sudi2 follow ye Su..