Wednesday, February 20, 2013

ceria!!

Assalamualaikum..
 
Saya dah kembali ceria!! Alhamdulillah saya dah baik.. tapi saya stop makan ubat antibiotik tu sebab saya memang tak suka makan ubat, ayah dan ibu dah fed up bagi saya makan ubat.. ibu dan ayah selalu berhempas pulas nak buka mulut saya. Selalunya sehelai kain akan disediakan untuk lap muntah dan ayah dan ibu akan duduk depan kipas sebab bila kasi saya makan ubat, mereka akan berpeluh2.. hehe..pity them..
 
Semalam, saya main sorang2 je.. bila ibu duduk kat kerusi saya pun mula mengendeng nak panjat juga.. itulah saya ketika saya sihat dan ceria.. ibu kata saya menyibuk je. ibu nak duduk sorang2 pun tak boleh.. hehe..
 
Nak tahu tak, saya dah pandai sebut perkataan sikit2.. hujung2 je lah.. yelah, saya kan tak pandai jalan lagi, tapi saya dah boleh cakap sikit - sikit je lah, tak banyak :-p ket (sakit sambil tunjuk kaki) kel (panggil aqil), nenen, nak (bila nak sesuatu). Aktiviti mengutip saya dah mula berkurangan tapi saya masih mengutip. hehe.. comel kan rasa macam nak lempang diri sendiri :-p
 
saya tengah peluh2 ni
 
 
Saya juga suka tengok gambar sendiri.. bila tengok je, saya akan jerit baby baby :-) haish camanalah ibu tak geram dengan saya ni. saya pun dah pandai joget sambil kepak-kepakkan ketiak  saya bila ibu sebut get get (joget). Okey tu je pasal saya..
 
Pasal abang aqil pulak, semalam hari nangis dia. sebab dia tak ingat mengaji. siap dia bila time ayah ajar. ayah tu bukan mengajar tapi tak tahulah nak cakap apa. contoh tempoh pembelajaran adalah 30 minit tapi 5 minit je ayah ajar, the rest paham2 sendirilah.. sian abang aqil saya. sampai mengigau2 dia tido. Hari ni abang aqil dah 4 tahun satu bulan.. manja makin menjadi2 kalah saya tau..
 
Oklah, itu je saya nak cite hari ni. ibu cakap blogspot tak boleh bukan 10 am onwards. dot com je boleh. jadi ibu minta maaf tak dapat nak baca blog kawan2.. kalau ibu lapang, malam2 ibu baca dan drop komen ye.. tq sudi singgah di blog ibu saya ni.. bye. wassalam..
 
 






2 comments:

careno said...

alahai tomeynya... :)

erna said...

hehe...peluh ye ibuayah nak bg makan ubat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails