Thursday, February 14, 2013

Buku : Biografi Agung Rasulullah.. Terbaik...

Assalamualaikum..
 
Kali ni aku nak kongsi satu buku yang best!! Selalu kita cakap kita cinta pada Rasulullah, rindu pada Rasulullah.. kan kan kan.. cakap di mulut, niat di hati adakah selari dengan perbuatan? chewah.. gituww... kepada adik2 yang masih  ada baucer buku 1Malaysia tu, belilah buku ni.. bagus sangat.. menambahkan kerinduan pada Rasulullah..
 
Buku ni, ustaz kelas tafsir yang cadangkan.. dia bagitahu masa ceramah maulid nabi baru-baru ni.. Jadi, untuk menyahut saranan ustaz tersebut, aku pun carilah buku tu di Pustaka Mukmin di Jalan Tar.. yeay ada.. Ada dua buku yang ustaz cadangkan. Yang ni kulit keras dan tebal sikit RM 65, masa aku beli tak de diskaun.. Yang lagi satu RM 35.. tapi aku prefer amik yang ni lah, macam best je. dalam dia ada biodata Rasulullah dan macam2 cerita dari kelahiran Nabi sampailah wafat. siap ada gambar lagi. Seronoklah baca. Penulisnya Rusydi Ramli Al-Jauhari. Aku belum khatam lagi baca, baru sampai isteri Nabi. tapi bila baca tu memang masuk dalam cerita yang disampaikan.. macam kita baca novel. tahniah kepada penulis kerana berjaya menterjemahkan dan menyampaikan dengan baik sekali..

salah satu koleksi buku. bukan sekadar buku.. bila tengok gambar dan baca cerita2 Nabi kita rasa macam terharu sangat.. tak retilah nak cakap perasaan tu. Baca kisah hidup Nabi dan sejarah Nabi menimbulkan rasa rindu yang mendalam..
 
eh, rindu juga kat budak ni :-)

Sekian.

Wassalam

2 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

Eh macam nak beli jugaklah buku ni..

Lisa Aven said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails