Monday, February 25, 2013

berdebar

Assalamualaikum..
 
Happy Monday all!! kembali bekerja hari ini.. dan hari ini adalah pay day.. alhamdulillah.. selamat dah aku bayar bil itu ini, transfer ke sana ke mari. dan bakinya cukup2 makan. hukhukhuk.. tak pelah, rezeki bukan untuk kita sorang kan. untuk dibahagi2.. Tadi pagi cepat2 settlekan bayar bil sume, sebab bila dah masuk jam 8 pagi, of course lah line tenet pun slow motion kan.. Alhamdulillah settle sudah..
 
Esok kami akan bercuti.. Doa2 kanlah perjalanan kami semua berjalan lancar dan selamat pergi dan balik. Actually berdebar2 jugak tau nak pegi bercuti esok ni.. 2nd time naik flight selepas 6 tahun tak naik. Dan 1st time buat sendiri, risau pulak.. Semalam, dah siap2 packing beg. Aku amik pegi 20 kg balik 25kg untuk kami 4 beranak.. tapi berat beg semalam macam over je. baju pun dah bajet2 tu.. hmm.. malam ni kena adjust lagi..
 
Minggu lepas, aku ada beli weight scale tu. tapi, sampai ofis aku test la, timbang tu rosak rupanya. semua yang naik lebih 6kg.. angin betul. Lunch nanti nak pegi tukar.. dan nak cari beberapa helai seluar panjang untuk aisyah. Sian dia tak de suar panjang jalan rupanya.. stokin pun aqil punya dah kembang2.. huhu..
 
Apa yang merisaukan aku ialah takut beg melebihi muatan. kalau lebih kena bayar lebih lah kat kaunter kan. pastu, takut tak lepas masuk flight. punyalah risau aku ada lah juga baca review orang kan. semua yang aku baca tu kebanyakkan mereka yang lambat sampai ke lcct. Jadi aku kena pegi cepat esok.. Flight pukul 3.30 tengahari. Aku pegi LCCT tak bawa kereta. aku sewa taxi dari rumah pegi dan balik.. senang sikit nak handle. siap duit je lah o_0 mak ayah aku pun ikut sekali pegi.. yeay, adalah kawan sikit kan..
 
Destinasi bila sampai ke langkawi, belum ditentukan nak berjalan kemana2.. Yang aku target, aku nak pegi kabel car tu je. selebihnya jalan2 dan shopping2.. niat di hati tu memang tak nak shopping sakan. biasa2 je. aku pun tak de target barang apa kecuali aku nak beli pemanggang ajaib, katanya murah.. selebihnya coklat je lah.Eh sekali tu pegi terus rambang mata, semua ko nak borong:-) barang lain aku tak beli sebab kalau lebih muatan camana, sapo nak bayar eh.. nak mengangkut lagi.. Ada pro & cons la bila naik flight ni. naik feri masalah lain pulak. Banyak benar pikirnya.. Aku dah booking tiket dari bulan 11 lagi tau.. jadi kawan2 opis aku ni dah dengar aku membebel pasal langkawi start dari bulan 11 lagi. kuikuikui.. sian diorang.. haha. bosan je. kejap2 tanya. kejap2 tanya lagi :-D selagi tak pegi, selagi tu lah banyak soalan..
 
Ok dah tu je. kalau free aku cotcetcotcet lagi. bye..
 
Wasalam..

 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails