Saturday, February 16, 2013

baby ulser

Assalamulaikum. .

Hari sabtu kufikirkan hari untuk bergembira dengan kehadiran family sempena majlis perkahwinan belah lelaki di sini.. Rupanya tak jadi nak happy2 sangat sebab adik comel demam dan merengek yang diluar kebiasaan.. Waaa... Jumaat dia demam. Pengasuh kata merengek sikit.

Hari ni, air liur menjejeh2. Ku ingatkan nak tumbuh gigi lagi.. Abis basah baju tak telan pun air liur dia.. Petang tadi, teringat nak cek mulut dia. Masa dia tengah nangis buka mulut besar, aku tengok ada putih2 kat tekak dia. Kiri kanan. Owh.. Pity my baby.. Patutlah bila bagi susu je nangis. Apa je lah masuk mulut sume nangis..

Aku pulak memang tak jadi tido rumah kakak aku. Terus zass balik rumah, pegi klinik dulu.. Sampai klinik agak ramai orang tapi oklah.. Doc pun geleng kepala tengok ulser di tekak dia.. Dapat ubat demam, antibiotik augmentin dan ubat selsema.. Total RM 68.. Fly without wing :-P Dan tadi baru je perang nak kasi makan ubat. Kalau bab membazir ubat, bagi kat semek ni. Makan muntah.. Tak kira, paksa juga.. Amik ko dua jenis ubat dah selamat. Tu pun ada ura2 nak muntah lagi. Mujur angin je keluar. Huhu.. Tak dapat nak bagi ubat selsema.. Ni dah tido dah.. Elok lah tu. Sian dia.. Aisyah kalau demam biasa takdenya menangis macam ni. Sakit sangatlah tu tekak dia.

Kalau aqil dulu, ulser kat mulut. Yang tu ok lagi boleh minum air pakai straw, tekak tak terjejas. Yang adik ni, dah itu laluan telannya.. Sakitlah bila langgar makanan. Badan dahlah kecik, tak makan pulak tu..

Tak pe dik, nanti adik dah baik, ibu suap adik makan banyak2 ok. Bulan depan nak timbang di klinik. Klu kena line kuning habislah ibu... Cepat baik sayang.. Nanti kita main2 gelak2 lagi ok.. Sayang dia. Esok kita pegi jugalah kenduri mak ida ye..

Bye.

Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

ejaMaria said...

yeay... masa untuk aiskrim vanila...
anak akak dulu kalau kena ulser, doktor mmg advise bagi aiskrim vanila... spare la satu tub... tapi ingat vanila shaja... perisa lain tak bole... aiskrim kan sejuk bila masuk tekak... bila dia dah tak takut makan baru slow-slow bagi makanan lain... tapi make sure jangan bubur panas... susu pun kalau aisyah bole minum fresh milk - ganti sekejap... bagi susu yg sejuk... janji dia nak makan... :)

Ziana Wanita said...

Siannya, camne leh kene ulser kat tekak tu? huhu harap aisyah

sahromnasrudin said...

ala...ciannya aishah....uncle doakan semoga aisyah cepat sembuh ya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails