Wednesday, January 30, 2013

Sedapnya ikan bilis Pangkor

Assalamualaikum..

Wah, tajuk promote nampak :-) Officemate belikan ikan bilis pangkor minggu lepas. semalam dia bawa datang ofis. memang dah kirim kalau dia singgah ke Lumut.. tapi kalau tak de pun tak pe.. tapi, memang dah rezeki kan, alhamdulillah dapat.. Bukan kat sini tak de ikan bilis yang sedap, tapi ikut nasiblah kalau beli selalu beli ikan bilis putih pangkor kat tesco/kedai2, kalau dapat yang elok, eloklah. kalau dapat yang hapak, hadap je lah kan. huhu..

Rumah ku ikan bilis memang laju je. hasben suka, aqil suka.. goreng gitu pun dah sedap. My friend cakap ni ikan bilis mata biru. tapi tak delah nampak biru matanya. dah mati kan. hehe. Beli yang belum kopek lagi, sekilo RM 25 selepas diskaun. Aku amik setengah kilo je RM 12.. tu pun banyak.. free time, kopeklah ikan bilis tu. Bersih je tengok.. Nipis dan makan macam tu pun dah sedap. Dulu, aku ada habit makan ikan bilis mentah. hehe. kopek masuk mulut :-p

 sebelum dikopek.. tet, kantoi.. abaikan kertas yang diconteng2 itu ye.. :-p aku kalau cakap telefon memang suka conteng2 kertas. hehe..

 banyak lagi sebenarnya. tapi lepas dah kopek, lagi bertambah banyak..

malam tadi goreng ikan bilis ni.. rangup nya.. sedap!!

malam tadi buat sambal gesek.. sedap jugak. hehe

lawan dengan sup ayam buat kuah.. tinggal leher dan kaki je :-p

Stok setengah kilo ntah berapa lama bertahan.. hehe.. kalsium tu.. tapi terlebih makan pun tak boleh juga.. buat sambal bilis petai pun sedap ni, tapi tak jumpa petai pulak. hehe.. 

Sekian, wassalam..

6 comments:

  1. kopek ikan bilis tu kat opis ke su?
    huhuhu terbaek lah..
    sambil buat kerja tangan mengopek ikan bilis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xdelah ietams, mana blh buat 2 keje satu masa.. free time masa ni..

      Delete
  2. tumpang iklan yer.. :)

    "benda paling leceh nak dimasak. betul tak? hihiihih..en.suami kita suka makan, tapi nak masak..aadooii..leceh. jangan susah hati, aku ada berita baik untuk korung. dengan hanya RM10 korung dapat makan Sambal Goreng Ikan Bilis nie.. tak payah susah2..."

    http://bebelancinta03.blogspot.com/2013/05/sambal-goreng-ikan-bilis.html

    ReplyDelete
  3. salam... ikan bilis mata biru sabah paling sedap n rangup hehehe...blh dpt harga murah kat kl...yg blm kopek sekilo rm20...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails