Tuesday, January 15, 2013

mulakan hari ini

Assalamualaikum..

Mulakan hari ini dengan ucapan Alhamdulillah kerana nikmat yang Allah beri dapat kita bernafas di pagi :-) ha, apa macam? ada yang dah dapat booking tiket air asia ke? hehe.. aku idoklah sanggup nak bersengkang mata, tak terfikir nak pegi mana lagi.. hehe..

Okey, pagi ni ada meeting. nak tunggu kuih/sarapan pagi meeting agak lambat. boleh bergelodak perut aku ni. tambahan lagi semalam makan mihun sup je. tengah malam mulalah berkeriuk2 perut aku ni. tapi aku tak delah turun pegi masak ke apa, perut aku boleh bersabar. haha.. lagi pun, nak korek makanan apa pun tak de.. biskut2 semua dah habis dimakan masa tengok tv. hehe.. baru perasan, ada habit baru dalam familyku. suka kunyah2 biskut masa tengok tv. aisyah dan aqil pun sama join sekali :-P kalau tak, biskut tu memang tak bergerak, sorang makan, semua nak. huhu..

eh, nak cite aku sarapan holicks je pagi ni nak cover perut yang berkeriuk tadi. boleh lah tahan sikit.. ada oat - fiber, ada barli, ada susu.. 3 in 1.. holicks ni nenek aku yang suggest masa dalam pantang.. elok untuk ibu menyusu :-) dan terbukti memang boleh up susu .. cubalah :-) perut kenyang susu melambak. haha.. boleh pulak motonya gitu :-p


ok.. get to go.. bye.. wassalam :-)

2 comments:

Nurulhuda Abdul Latip said...

saya ni kureng sikit nak minum horlicks..tapi boleh gaklah cuba satu hari nanti..

Suliana said...

Sy mnm je.. rasa dia mmgla xbrp manis tp blh terima.. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails