Wednesday, January 9, 2013

kerana fire drill

Assalamualaikum..

Semalam, kami ada fire drill.. tahu tak fire drill tu apa? latihan kebakaran ler .. hehe.. aku duk kat tingkat 14. bangunan ni sampai tingkat 30 lebih kalau tak silap.. pukul 10 pagi loceng kebaran dah bising2 satu bangunan. apa lagi, tetiba panik. haha. lupa pulak ada fire drill.. maka, turunlah kami beramai2 dari tingkat 14 sampailah ke tempat perhimpunan..  Mula2 ok lagi, sampai separuh tingkat, rasa lutut macam dah gigil2 dah. huhu. sampai bawah, memang terasa kepala lutut nak tercabut.. kesian sape yang duduk floor atas2 tu.. kalau aku, baik aku tunggu kat bawah je.. jom tengok gambar :-)

 sempat lagi posing. ni kalau betul2 kebakaran ni, mahu rentung ni. huhu

 yeay.. selamat dah sampai bawah

 ambulan pun ada 

 menunggu 'kebakaran' dipadamkan. tak boleh merayap2 patutnya time ni.. kena tunggu je, tapia da je aku tengok diorang ni lintas jalan pegi mana ntah. huhu

 Bomba mestilah ada. dia betul2 buka air olok2 simbah floor yang 'terbakar' saje je nak pancut kat tempat perhimpunan ni, mujur air tak sampai. hehe

 yang baju hijau tu floor manager.. yang pegang tanda tingkat tu bos tu.. main2 plak. hehe

 tengah tengok bomba siram air.. bila dah kumpul macam ni, barulah nampak ramai juga rupanya penghuni di Maju Tower ni. hehe

ok, selesai dah. fire drill ni menyebabkan jammed kat Jalan TAR tu. orang pakat tengok nape ramai2 orang kat luar ni. hehe.

dalam pukul 11 macam tu, dibenarkan naik ke floor masing2. sebelum tu, makan aiskrim famous amos dulu, tu pun bos belanja sebab kebetulan dia nak beli kami duk kat tepi aiskrim tu. haha.. tektik gituwww :-D naik atas, terasa lenguh betul kaki ni. semalam macam tak rasa apa2, tapi hari ni, betis dah rasa tegang macam orang lari merentas desa gitu. huhu. sapu minyak panas pun tak jalan.. tak pelah, bagus juga turun tangga ni, exercise sikit.. aku ni kadang risau juga, bukan apa, aku orang yang tak bersukan, jadi bila dengar ada kematian umur muda ni, rasa macam takut je.. yelah, amalan tak cukup.. muda2 dah berpenyakit. nauzubillah..  

dah tu je nak share. harap2 cepat baik kaki aku ni.

tq all for reading :-) and tq for those following me. dah 319 orang dah. blog ni biasa2 je. harap maaf kalau ada penulisanku yang merapu2 ntah apa2 ye.. bila free aku akan berblogwalking ke blog korang. kadang memang pegi tapi tak drop any komen pun.. silent reader gitu :-) insyaa Allah, kalau ada masa lapang, aku tinggalkan komen ye.. 

sekian, terima kasih.

8 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

perghh, linda tgh mcmbygkan, dok tingkat 30 trun guna tangga ..(plus plak ngandung sarat)... mmg perghh abis lah..

misscha said...

wahh cam seronok pulak fire drill nih :)..haha nampak ah tan! seronok nye dia....

~MommyAida~ said...

hihihi..kalo org pregnant ntah camana lah gayanya nak tunrun tangga bertingkat2 tu kan..huhuhu..tapi semua ceria je bile kena turun tangga banyak2..

Suliana said...

klu su, su akan turun dulu pakai lif tgu kat bawah. hehe

Suliana said...

memang pun.. beria dia jerit2 pggl tgkt 14. hehe

Suliana said...

seronoklah turun tgga ramai2. klu tak larat blh turun pki lift :-)

myfreeminded said...

Sebab dah tahu latihan fire drill tu yang masing2 berseronok tu, hehe,

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...entri khas untk awak..sile ke blog sy ye heheheee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails